Wednesday 31 July 2013

baju for raya

disebabkan telah dihanjing kan oleh adik sendiri.. maka dengan gigihnya i mencari dan cari dan cari baju utk dipakai utk raya pertama..

baju bereben tu ialah berbentuk peplum sleeveless dari H&M..

kain warna peach tu masih kekal status kain.. mau transform jd kain A cut..

sy akan berusaha utk menjadikan ia outfit raya pertama saya..

Tuesday 30 July 2013

PekPen

hello ladies and gents..

hari ni i share dengan uols resepi nak buat PekPen.. mesti uols herang kang.. apa kebenda la itu..

PekPen ialah:

Pek = peknga atau lempeng atau tempek.. tiap negeri panggilnya lain2.. orang utara (as in yg betul2 utara) memanggilnya dengan nama peknga..

Pen = non-stick pan yg size kecil yg biasa buat goreng telur mata itu..

sebab nak nampak kemersial jadilah PekPen..

ok resepinya mudah saje..

1. tepung gandum
2. kelapa secukupnya
3. garam secukup rasa
4. air

campurkan semua bahan..


masukkan air..


dan kacau smp sebati..

panaskan non-stick pan.. dan masukkan lebih kurang sesudu atau dua sudu adunan ke dalam pan.. nak nipis dan garing sesudu.. nak tebal sikit sesudu setengah.. gunakan api yg sgt perlahan utk elakkan hangit ya..


tada!!! inilah hasilnya.. selamat mencuba..

owh lupa nak bgtau.. boleh dimakan begitu saje atau makan dengan kuah sardin kalau takde kuah kari..


baju raya

i showed them my baju for first day of raya.. baju ni actualy aku buat dah lama.. lebih dari 2 years.. dan tak pernah pakai.. owh.. aku mmg banyak baju kurung yang belum pernah pakai..


dan ini adalah reply mereka..




Monday 29 July 2013

20 Ramadhan

cepat sungguh masa berlalu.. cepatnya ramadhan nak pergi meninggalkan kita..

sedih.. sayu.. sebak.. semua ada.. diam tak diam.. dah tujuh tahun tak menyambut ramadhan bersama ayah.. pejam celik pejam celik.. rupanya dah tujuh tahun tak belikan ayah baju raya..

dan ada certain lagu raya buatkan aku betul-betul sebak dan menitikkan air mata.. 

aku harap.. ini bukan ramadhan terakhir buat ku.. terima kasih Allah kerana bagi hambaMu ini kesempatan untuk terus menyambut bulan yang mulia ini..

Wednesday 24 July 2013

bubur sweet potato..

hey ya!

hari ni ntah ribut taufan mana dtg.. aku terlebih hormon rajin pulak.. masak bubur sweet potato uols!! first time ni.. nasib baik jadi okeh.. kalau tak mmg ke tong sampah la jwbnya..

resipinya adalah seperti berikut.. (aku bajet masakan ni special sgt smp korang tak tau masak.. kuikuikui.. padahal.. korang lg pro kan..)

1. sweet potato yang di potong kiub kecil
2. gula putih atau perang
3. biji sagu
4. santan pekat

mula-mula skali.. rebus sweet potato sampai empok.. pastikn air sikit je.. kalau air dah terbnyk.. buang saje air rebusan tu.. tinggalkn sikit saje..

kemudian.. bile dah empok masukkn gula.. then masukkn santan.. dah mendidih santan masukkn biji sagu.. kacau sentiasa utk elakkn dr rupa yg mcm berketul tu.. apatah namanya..

kalau dlm rumah korang ada daun pandan.. masukkn la daun tu.. supaya wangi.. rumah i tiada daun tu.. maka tak masuk la.. hehe..

ok.. bile biji sagu dah kembang maknanya dah siap.. sedia utk di mkn.. 


Tuesday 23 July 2013

pasta goreng paling tak sedap di dunia..

sejak kebelakangan ni begitu banyak posting aku yang berlabelkan book's review.. mmg itulah yang aku buat.. membaca buku smp lupa semua.. hehehe

ada sekotak lagi buku untuk si baca.. so.. mgkn akan ada lebih banyak lagi entry dalam label tu.. heheh kalau terbaca la.. kalau mood membaca tak datang jangan harap nak membaca..

ok.. but tonite.. im not going to talk about book.. entry ni nak citer pasal makan malam.. 

sejak bulan ramadhan ni.. tiap kali makan saje aku akan rasa nak muntah.. mgkn sbb overloaded with food.. so i decided not to take any solid food for break fasting.. cukup dengan minum air dan makan kurma..

after 10pm baru makan solid food.. aku kan tak sahur.. so.. kena la jugak makan sikit.. sahur aku hanyalah minum air kosong ya..

so.. inilah hasil masakan aku mlm ini.. pasta goreng hentam saje.. 

 
tengok rupa pun dah tau tak sedap kan.. memang tak sedap pun.. im suck with cooking.. hehehe

to sbb malas nak berusaha utk keluar dan membeli makanan maka redha je lah dengan pasta goreng tak sedap ni..

thank you Allah..

5 tahun 5 bulan

Hlovate memang tak menggagalkan aku.. walaupun aku rasa terdapat persamaan antara aA + bB dan 5 tahun 5 bulan.. 

5 tahun 5 bulan mengisahkan hidup seorang perempuan bernama Johanna.. Johanna mencari dirinya.. dari seorang gadis kepada seorang ibu.. ditemani plot2 lain yang membantu Johanna..

Tak payah kot aku nak menghuraikan panjang-panjang sinopsisnya.. Google saje.. nnt keluar la segala mcm review..

naskah-naskah hlovate akan aku letakkan sebagai bahan wajib ulang..

Monday 22 July 2013

how my anak will look like?

kadang-kadang terpikir jugak kat kepala otak aku ni.. macam mana la rupa anak aku nanti.. perangai nya hawau mcm aku jugak ke.. 

kalau aku ada anak perempuan aku nak bg dia nama apa ek?? kalau anak lelaki.. apa lah nama dia nnt??

gmbr di bawah ialah dua ekor pening lalat.. kakak and adek will always be my baby girl..

mak ngah luv u all..

Sunday 21 July 2013

adamaryam

pembacaan yang tak dapat diteruskan noktah


Saturday 20 July 2013

lambat mcm siput..

sekarang pukul 7.12pm berbuka jam 7.31pm.. grrr!! rasa nak telan-telan saje jam ni.. maha lambat dan lembab..

asid-asid dalam perot dah bermaharajalela.. sakit perot macam nak meletop saje rasanya..

huwaaaa!! lambatnya nak berbuka!!

tunas

setelah mengoder atas talian di Jemari Seni pada hari Selasa.. akhir semalam sampai jua buku yang aku nantikan.. 

mengikut hlovate tunas di tulis semasa dia di tingkatan 3.. sebelum terbitnya aA+bB beliau telah terlebih dulu menulis tunas a.k.a Great Troublemaker punya kisah.. pergh! form 3 dah buat buku.. heh!

kalau korang peminat hlovate korang pasti tau kisah addin dan benz kan.. ya! tunas adalah kisah bagaimana terjadinya perang di antara Head Girl dan Taiko..

tunas.. mengingatkan aku kehidupan di asrama.. aku juga produk sekolah asrama.. bezanya sekolah aku bukan sekolah anak orang2 kaya.. hehehe

kisah addin dan benz memang legend.. suka tapi masing-masing ego.. zaman sekolah mana boleh cintan cintun kan.. hehe..

dan yang paling romantika de amor nya ketika benz dedicate lagu kepada addin..
'special dedication to my date.. our Head Girl' .. wah!! tiba2 aku yang excited..

tunas dan aA + bB adalah antara naskah yang aku letak sebagai naskah wajib baca bnyk kali.. serious!

Friday 19 July 2013

dia!

terlampau attached to something boleh buatkan hati kite menangis bagaikan separuh dari hilang nyawa..

dia adalah antara manusia yang melintas di garisan khatulistiwa itu lantas masuk menjadi sebahagian dari manusia yang ada dalam tulisan diari itu..

dia adalah di antara manusia yang hadirnya menggantikan seseorang yang di jemput Allah..

dia adalah antara manusia yang mengajar aku apa yang tiada dalam syllibus akademik kementerian pendidikan..

dia.. bakal meninggalkan aku dan pergi ke destinasi yang lain untuk meneruskan kehidupan..

dia.. bos yang aku anggap sebagai bapak aku sendiri.. 

ok dia tak tau yang aku anggap dia bapak aku noktah!


weekend marathon

its friday and this is my weekend marathon..


Thursday 18 July 2013

puasa ke empat

hari ni masak pasta for break fasting.. tapi tak makan.. tak de selera.. hish! apa kena dengan aku ni? asyik tak de selera ja.. hilang akal dah ke?

buka puasa makan dates 2 bijik.. air milo dan kuih 3 ketol..

esok puasa lagi.. kalau malam ni tak mkn lagi.. harap2 esok masih ada tenaga utk puasa..

berat badan semakin menurun.. happy sebab dapat capai target.. tak happy sebab Allah dah tarik satu nikmat.. iaitu selera makan..

Jiwa Kacau

semalam i dapat berita tak best. its not yet official tapi terus rasa tak best.


Tuesday 16 July 2013

angan-angan mat jenin

bile tgh gila baca novel.. kegilaan nak menulis novel sgt tinggi.. tiba2 terasa nak jd penulis..

matter of fact..

1. imaginasi tak cukup ke tahap ke petala langit ke tujuh..
2. kosa kata teramatlah kurang
3. nak menulis sebaris pun jenuh.. ni kan pulak nak tulis berkajang2?

berangan! rentikanlah!!

mid year review

a : kau main line pop saje... aku main candy crush saje... jadi kau tau la kenapa 

b : ya! sebab tu kena teruskan main... 

nothing interesting. waiting is killing... tunggu 19hb julai... nak tulis berkajang imaginasi tak cukup tinggi. ok bai!

aA + bB

another letak ambik letak ambik belek belek novel.. after half an hour perang dengan diri sendiri.. baca review segala.. thats it! oklah its only rm20 minus rm5 book's voucher from mph.. its only rm15.. kalau regret beli pun its ok.. dapat tax exemption..

first impression.. kejadah apakah tajuknya begini?? baca sinopsis.. weird.. apa kaitan tajuk n cerita ni..

first page.. to the last page.. gosh!! gile!! macamana si penulis boleh pikir mcm ni? addin dan benz.. dua-dua egomaniac.. keras kepala dan suka buat assumption sendiri..

aku mampu je nak skip-skip bile aku tergerak hati ingat yang aie tu ialah benz.. tapi aku tak buat mcm tu.. aku dengan gigih dan tabah membaca sampai la ramalan ku benar belaka..

si addin yang diamond head ni mmg adakalanya buatkan aku rasa nak hentak je kepala dia.. tapi nasib baik si benz sabar kan.. kalau tak mmg dah cerai talak 3 kot..

kisah addin dan benz yg unik.. si taiko and head girl yang tak romantik.. tp unik.. dari pertemuan di leiden balik ke ipoh dan akhirnya sebumbung.. 

secara keseluruhannya..

1. si penulis ni guna bahasa sanskrit yang aku teramat la tak paham.. aku buat accounting n bisnes kan.. mana nak paham bahasa sains..

2. cover buku ni tak menarik sebab tu aku ada doubt dengan diri sendiri.. ya! aku perlu buang sikap judge a book by its cover..

3. ya aku akan membeli buku si penulis ini lagi.. 

Monday 15 July 2013

dia.. random guy (continue)

asalnya tak berniat pun nak beli buku ni.. sbb dalam hati terasa mcm.. argh! another typical malay novel..

pastu gatal pula tangan ni google search review orang pasal buku ni.. terjumpa blog tuan punya buku..

baca dua chapter pertama.. hmm.. klakar.. sweet.. and cute..

kebetulan malam tu mama ajak ke scm.. shopping raya la kononnya.. mereka ke h&m.. aku ke mph..

belek punya belek.. beli je lah.. malas deal dengan letak ambik letak ambik problem.. terus ambik..

secara keseluruhannya..

1. aku suka cara si penulis menulis.. dia menggunakan bahasa2 yang santai saje.. senang dan mudah nak di fahami..

2. si alin yang cute.. too cute too handle.. siap buat perbandingan sos salad.. kelakar sangat dia tu..

3. si amzar yang aku bayangkan handsome and heartless.. tp dalam hati ada taman.. cuma ego yang melampau.. orang handsome mmg ego kot.. heh!

4. sub plot lain yang ok.. emak bapak amzar yang bukan mementingkan antara dua darjat.. emak tiri alin yg baik.. wawa bff dia yang laser tp cool..

owh ya.. tak perlu la aku rumuskan kisah ni sbb korang boleh google.. ramai juga yang dah baca kan.. ramai juga yang buat rumusan..

rumusan aku hanyalah.. buku ini tidak boleh di nilai melalui kulitnya kerana kulitnya pada aku tak menarik.. tak! bukan tak menarik.. tp tak cantik smp timbul perasaan tak best la buku ni.. owh aku adalah manusia yg mementingkn kecantikan muka depan.. cliche!! hahahaha

gaya penulisan yang bersahaja buatkan aku gelak dan senyum sendirian.. konflik hati alin dengan ibu kandungnya buatkan aku menitiskan air mata.. si tall-dark-handsome-novel-type amzar tiba2 masuk dalam boifren di alam fantasi aku.. tak payah nak elaborate kenapa.. korang baca je ya.. si alin yang mysterious is too cute too handle.. outspoken! dan gelabah biawak..

owh ya.. sebelum aku lupa.. korang boleh baca dulu teasernya di blog tuan punya badan  farahusain.blogspot.com 

kalau nak di dramakan.. aku nak nad zainal jadi alin.. dan shah jaszle jadi amzar.. jangan tanya kenapa.. :)

Sunday 14 July 2013

budak kampung

semua org mungkin dah tau kan.. slot zehra yg baru pun adaptasi dari novel.. dah jadi trend.. layankan aje..

kampung girl.. kisah mengenai ash dan ain.. 

ain yang gila kan ash dari kecik sampai besar.. bile ain dapat tau dia nak dijodohkan dengan ash.. memang dia tak tolak la kan..

ash? manusia takde perasaan tapi sebenarnya dalam hati ada taman.. kata hati yang selalu berpaling tadah dengan tuan punya badan..

ain.. budak kampung yg graduate oversea tapi tidak diketahui oleh ash.. sbb.. ash memang tak suka ain..

overall buku ni santai je.. sesuai la buat drama.. penonton tak payah nak pikir teruk2 apa masalah diorg.. sbb takde masalah pun.. yang masalahnya ialah si ash tu yg hati batu..

dia.. random guy


baru habis baca bukunya.. tak dapat nak bagi review malam ni because i need to shower.. and sleep.. esok kerja..

kalau tak.. esok tak blh bangun pagi.. haru!! dah la hari jumaat dah terlambat.. hari-hari lambat kalu.. haru okeh!

till then.. chiow

Saturday 13 July 2013

pembelian tanpa fikir part 1 - Julai 2013

penambahan koleksi bahan bacaan.. yg sekotak pun tak abis baca dah menambah lagi.. 


beli buku blh claim income tax.. beli baju tiada exemption.. maka kena beli pilih pembelian yg mendatangkan pulangan..

asalnya mencari kampung girl.. tapi akhirnya terbanyak pula.. tak dapat beli baju.. aku borong buku.. gile!

Wednesday 10 July 2013

1 Ramadhan

pejam celik pejam celik.. dah 1 Ramadhan.. cepat masa berlalu.. 

hari pertama di bulan ramadhan.. tiada yang istimewa sbb aku tak puasa.. hehehe

kepada semua muslimin dan muslimat.. selamat berpuasa ya.. jangan puasa yang yok ok!

antara dua?

kadang-kadang memang sukar nak buat pilihan.. nak yang itu ke.. atau nak yang ini..

kadang-kadang memang tak tau hati ni nak yang mana.. nak yang itu ke.. atau nak yang ini..



mana satu nak pilih ni?? 

Monday 8 July 2013

kampungku..


kampungku..

dah lama tak balik kampung.. bukan jauh sangat pun.. sabak bernam je.. tapi.. kadang-kadang aku marah jugak dengan diri sendiri.. tak pernah nak make an effort untuk balik tengok atok..

kampung aku.. biasa-biasa je.. tak la macam kampung orang lain.. ada kebun/pokok buah bagai.. yang ada cuma pokok kelapa..

maka.. ahad lepas.. aku telah pulang ke kampung.. dengan mama, anja dan amad.. masa pegi amad yang bawak keta.. dia dah ada lesen kan.. maka suruh saje dia bawak.. hehehe

sampai di kampung.. atok cakap.. dah dua hari tak de air.. eh.. walaupun aku dah belikan talipon orang tua untuk atok tapi.. atok tetap tak tau nak guna.. jadi mungkin dia tunggu saje orang talipon dia untuk dia bgtau yang dah dua hari takde air..

sementara nak tunggu paksu balik untuk betulkan paip air.. mama melawat kawasan.. biasalah dia kan.. mesti nak menawaf kawasan rumah.. paip belakang rumah pecah rupanya.. patut la tiada air..

paksu sampai akhirnya dan baiki paip pecah itu.. nasib baik ada paksu.. kalau tak.. blur jugak aku..


aktiviti di kampung selain mama menawaf kawasan ialah membawa pulang kelapa sebanyak mungkin.. kata mama nak buat kerisik.. 


tapi kalau dah banyak ni.. dah macam nak meniaga pulakkan.. hehehe

dan tak ketinggalan.. minum air kelapa muda.. yummeh!!


mama jugak masak bubur lambok.. refreshment class dengan atok.. maklum la nak masak bubur lambok di bulan ramadhan katanya.. 

mama dapat contract masak bubur lambok di masjid selama 8 hari tahun ni.. alhamdulillah.. rezeki mama..

semoga Allah permudahkan segalanya..


daripadanya kita datang..

pagi tadi.. kami sekeluarga telah mendapat berita yang menyedihkan.. sepupu kami (anak kepada paklong) yang di kenali sebagai bang lang telah kembali berjumpa dengan penciptanya..

bang lang berusia 29 tahun.. terkejut dan sedih mendengar berita kematian dia.. ya! Allah lagi berkuasa.. daripadaNya kita datang.. dan kepadaNya kita akan kembali..

aku tak pasti sebab kematian bang lang.. tapi menurut kata aniem setelah dia membaca surat kematian yang dikeluarkan hospital.. ada kemungkinan berkaitan dengan ubat yang di ambil.. aku tak pasti.. 

takpelah.. lupakan hal itu.. yang penting semuanya telah selamat.. jenazah bang lang telah selamat dikebumikan sebelum zohor tadi.. alhamdulillah..

maka suka citanya ingin aku bagitau kepada semua yang membaca.. sekiranya korang nak makan apa2 ubat sekalipun.. sila rujuk dengan doktor dahulu.. this is serious.. jangan main telan je k..

dan tolong.. jangan sesekali terpedaya dengan ubat kurus.. susu kurus atau apa saje yang melibatkan nak kurus..

Thursday 4 July 2013

4 Julai? cepatnya!!

hello everyone.. 

wah! dah hari ke 4 di bulan Julai.. tak brape hari lagi dah nak puasa.. kemudian dah nak raya..

sorry.. tiada posting2 baru beberapa hari lepas.. bz dik non.. kihkihkih..

alasan kan? manusia memang suka bagi alasan.. usahkan orang lain.. aku pun sama.. bile kena kat aku.. memang bnyk alasan akan aku cipta..

begitulah awan nano-nano.. 

ok guys.. sorry tak dapat nak merepek lebih-lebih.. got to go.. chiow!