Friday 31 May 2013

saya suka 31hb

kenapa dengan 31hb?? sebab saya dapat beli 1 quart eskrim dengan diskaun sebanyak 31%..

perisa kali ini ialah.. popcorn dengan apa tah.. vanilla campur rasberry gitu..

hidup perlu dinikmati kan...

Pasta versi cik Net

bahan-bahan untuk membuat pasta:-

1. tomato
2. salt
3. black pepper
4. mushroom
5. frankfurter
6. red onion & garlic
7. pasta
8. olive oil

semua bahan-bahan tersebut adalah bahan asas... ikut suka korang la nak bubuh banyak mana ok... bak kata orang... ikut suka hati...

rebuskan air utk mencelur tomato... bile air dah mendidih.. padamkan api dan masukkan tomato tadi... biarkan selama seminit... kemudian kupas kulitnya... lepas tu masukkan sikit olive oil... letak la atas dapur... jangan lupa tutup periuk tu...

cincang semua bawang... potong frankfurter ikut suka... kalau tak nak masukkan frankfurter... masukkan kan la daging ke... ayam ke... apa saje lah yang korang suka...

kemudian masukkan garam dan black pepper ikut suka korang jugak...

masak sampai masak la...

jangan lupa rebus pasta ya... masukkan jugak sikit minyak supaya tak melekat2...

sebenarnya uols... i tak masukkan oregano... sbb oregano mahal... hahaha... kalau nak sedap lagi... tambahkan sikit oregano... tak de pun tak pe... sedap je...
tomato yang dah dikupas kulitnya

masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah di cincang

jangan lupa franfurter

dan juga mushroom

rebus pasta anda

inilah hasilnya.

Thursday 30 May 2013

cardigan buatan tangan

biar betol ni? mmg betul! i yang buat uols.. tp ni tak siap sepenuhnya.. ada beberapa bahagian yang tak dijahit.. kena hantar kedai ya.. mesin i tak de function jahit tepi tudung


nak buat cardigan lah..

semalam UZ line saya... menunjukkan gambar cardigan kimono... cantik! hari ni... terasa nak ke kedai kain membeli kain untuk membuat cardigan kimono... gigih tak?

kalau berjaya saya akan hapdet di sini okeh?

kalau tak berjaya?

memang tiada slot untuk cardigan yang tak berjaya itu... :)

Wednesday 29 May 2013

jujur kah aku?

bile ada orang tanya.. 'kalau first time nmpk buku saya.. apa yg terlintas di kepala korang?'

dan bile komen adalah tak seperti yang anda diharapkan? 

anda memang ramai peminat.. (mungkin).. tapi komen saya adalah jujur dari hati saya.. dari apa yang saya rasa.. dari apa yang saya lalui.. saya belek buku anda banyak kali.. tapi perasaan membeli itu tak pernah datang..

saya memang gile kerana berkata jujur.. lantas di banned mungkin.. 


bebelan tanpa maksud

semalam baca ter come across satu blog.. tiba2 terasa nak jadi blogger yang terkenal.. owh tiba2 sangat kan..

dia ajar juga mcmana nak terkenal.. heh! terkenal bukan lah satu yang saya nak dari dulu.. tapi bagus juga kalau terkenal kan...

blog saya lebih kepada bebelan-bebelan saya terhadap dunia saya.. hari-hari saya.. takde yang indah pun.. saya bukan lah pandai menulis pun.. ayat pun berterabur..

What?

what should i do with my life? question without an answer.. 

as for the moment i dont know what should i do.. looking for a new employment or further my PHD..

TPM (tenaga pengajar muda) also an option.. am i really wanna go into academician?? i dont know.. 

banyak nya simpang nak kena lalu ni.. pening la!!

Monday 27 May 2013

officially NO

and now its official.. 

move on!

Thursday 23 May 2013

sy dah gagal..

itu yang perlu saya tanam dalam kepala supaya saya tak menunggu lagi..

mgkn sy lupa tujuan asal nya.. kan itu praktis saje..

lupa? ya! melayu mudah lupa..

Tuesday 21 May 2013

tunggu bulan jatuh ke riba..

memang takkan jatuh la gamaknya.. nak maut ke? hahahaha

rama2 yang hilang semalam kembali semula.. ngkau ni dah mmg menyerah diri nak si bunuh kot.. 

whatever lah rama2.. janji kau happy.. aku happy je.. 

cop! aku tak happy sangat la.. sebab aku tunggu bulan jatuh ke riba..

Monday 20 May 2013

30 minutes with the CEO..

wow! that's all i can say.. 30 minutes yang aku rasakan macam berjam lamanya..

the interview went well.. walaupun cakap bertabor.. yes! its not in malay.. and nasib baik tak bisu uols.. lantak lah kalau salah pun.. hahaha yang penting confident dik non..

being interviewed by the CEO is something big to me.. bukan mintak jawatan manager pun uols.. ejekutip biasa je.. tp final interview CEO yang conduct.. ko rasa?

dengan pengalaman conduct class orang-orang tua yang pandai cakap.. aku masuk dalam bilik tu dengan confident je lah.. berhempas pulas aku mengingingati segala fakta.. and yes! satu pun tak ditanya..

Saturday 18 May 2013

rama-rama dan jantung

rama-rama dalam perot ni seolah2 tak nak keluar langsung...

jantung yang berdegup kencang seolah2 tak nak berdegup dengan kelajuan biasa..

rama-rama dan jantung tolong lah bagi kerjasama atau aku akan lemas..

Friday 17 May 2013

panggilan kedua

dapat panggilan kedua adalah sangat wow! macam tak percaya je..

work on it net!! gambatte kudasai..

Tuesday 14 May 2013

manusia dan kadang-kadang

manusia ni kadang-kadang pelupa dan perlu di katoq..

manusia ni kadang-kadang bangang sampai perlu di rendam kepalanya dalam air supaya dia sedar..

manusia ni kadang-kadang sensitip yang tak tentu arah..

manusia ni kadang-kadang alpa dan lupa bersyukur dan berterima kasih.. eh cop! ni bukan kadang-kadang tp most of the time..

akulah manusia itu.. yang korang terasa dan emosi dengan ayat aku kenapa??

langkah pertama yang susah

orang kata langkah pertama tu susah... bukan orang kata... memang pun... langkah pertama tu sangat susah... nak start tapi macam-macam dok ada dalam otak...

ok! apa yang aku cuba sampaikan ni?

semalam... after 10 years... i went for an interview... im not hoping anything into it... sebab aku cuma nak belajar dan merasai pengalaman pegi interview... bayangkanlah dah sepuluh tahun dalam comfort zone... beku lah kaki tangan segala...

the interview went ok lah kot... dengan aku yang gabra ni... i dont know what are their perception... and i dont know whether i suit with the job or not...  owh well im not good in PR... lagipun dah not putting any hope into it kan... so... tak de lah harapan sangat... kalau dapat... rezeki... kalau tak dapat... cuba lagi...

soalan yang paling susah untuk dijawab ialah... why must we hire u?? owh my!! ni soalan masuk bakul angkat sendiri... hehehehe

the interviewer basically is a nice guy... but i wonder... kenapa dia tak pandang aku??

Friday 10 May 2013

manusia dan kadang-kadang

manusia ni kadang-kadang pelupa dan perlu di katoq..

manusia ni kadang-kadang bangang sampai perlu di rendam kepalanya dalam air supaya dia sedar..

manusia ni kadang-kadang sensitip yang tak tentu arah..

manusia ni kadang-kadang alpa dan lupa bersyukur dan berterima kasih.. eh cop! ni bukan kadang-kadang tp most of the time..

akulah manusia itu.. yang korang terasa dan emosi dengan ayat aku kenapa??

Thursday 9 May 2013

making fun of other people?

making fun of people is so jahat! please dont do that.. what if other ppl did that to ur loved one? how do u feel? unless u dont hv a heart at all..

keperluan dan kehendak

pelajaran hari ini ialah konsep keperluan dan kehendak..

keperluan dalam bahasa pasar ialah sesuatu yang kiter perlukan utk meneruskan kehidupan kita..

manakala.. kehendak pula ialah sesuatu yang kite nak.. macam kite teringin sesuatu tu.. tapi kalau tak dapat pun kite boleh hidup lagi.. tak mati pun..

ok.. aku bagi contoh mudah.. yang dimulai dengan perkara asas untuk hidup di kota raya sekarang ni ya.. (aku tak pernah tinggal di kampung ya..)

kita mula kan dengan rumah.. rumah ialah keperluan.. tempat untuk berteduh.. tempat untuk berlindung dari hujan dan panas dan sebagainya..

bile dikatakan keperluan.. maka kalau kemampuan kite ialah tinggal di flat kos rendah dan ianya berfungsi sebagai tempat kiter berteduh dan sebagainya.. makanya.. ia telah dipenuhi..

tapi sebaliknya.. kalau ko mengidam nak duduk rumah banglo 4 tingkat siap swimming pool bagai.. tu dah kehendak.. paham?

kereta pulak.. macam yang aku cakap semalam.. kalau keperluan kau ialah kereta.. dan ko mampu nak beli keta second hand atau viva saje.. maka.. keperluan kau dah dipenuhi..

tapi kalau ko nak pakai bmw ke.. merc ke.. dan ko mampu pakai.. ok lah.. tu.. tp kalau ko dah tak mampu nak beli.. tu namanya kehendak ya..

lagi apa? ha! pakaian.. pakaian ialah keperluan.. tapi bile ko nak membeli yang mahal-mahal dan berjenama.. tapi tak mampu.. tu dah nama kehendak..

kemudahan asas.. pun keperluan jugak.. tapi kalau dah ko nak yang hospital swasta.. sekolah swasta.. tu dah namanya kehendak..

ok.. sekarang korang dah paham ke belum keperluan dan kehendak ni?

aku harap dengan penerangan aku yang serba cincai ni.. korang dapat paham serba sedikit tentang apa yang aku nak sampaikan..

yalah.. belajar pun bukan tinggi mana.. tu pun cukup2 makan je kan.. ilmu yang bermanfaat dan sikit tu.. kiter sebarkanlah.. tak gitu?

untuk penerangan yang lebih jelas dan lanjut.. google la teori maslow..

back to basic

demam PRU13 belum abis lagi.. owh btw.. aku bukan nak citer pasal tu.. tp aku nak citer a.k.a nak membebel pasal manifesto yg dijanjikan..

korang pun sedia maklum kan.. besar terang jelas dan nyata lagi yang di tertulis di poster-poster dan bilboard bilboard.. 'harapan rakyat harga kereta turun'.. 'harapan rakyat pendidikan percuma'.. dan macam-macam lagi harapan..

apa yang aku nak tulis adalah berdasarkan kepada pengetahuan aku yang amat cetek.. yalah.. belajar pun tak tinggi mana kan..

owh mungkin akan ada yang tak suka dengan apa yang aku nak tulis ni.. jadi.. berlapang dadalah dan bersedialah nak terima apa jua yang aku nak tulis.. kalau agak-agak engkau tu bukan dari golongan yang boleh terima pendapat orang lain.. aku nasihatkan korang tak payah baca.. ok?

ok.. kiter mulakan dengan benda-benda basic.. harga kereta turun.. cuba korang cek balik hutang keta korang tu lagi berapa tahun nak kena bayar? kalau kata harga keta turun.. makanya.. ko pakailah keta kau tu sampai abis bayar sbb keta kau tu dah tak berharga.. nak jual pun tak laku.. buat apa nak beli keta ko sedangkan brand new lagi murah??

takde keta? ok.. keta sekarang ialah keperluan bg sesetengah orang.. bile kata keperluan ialah keta yang basic.. beli viva.. murah.. (promote perodua la pulak).. kalau dah ko kata.. viva kecik.. nak bmw.. hoi mangkuk! kalau dah bmw tu.. tu namanya kehendak.. bukan lagi keperluan..

sama macam rumah.. rumah ialah ialah keperluan.. tapi kalau ko mengidam rumah bunglow 5 tingkat.. condominium bagai.. tu namanya kehendak.. bukan lagi keperluan.. faham?

hapuskan ptptn.. free education smp uni.. yang ni dah berbuih aku bgtau.. nak lepas dari ptptn.. ko belajar rajin-rajin.. dapat good gred.. ptptn hapuskn loan kau tu.. dia jadikn scholar.. ni tak.. dapat duit ptptn ko belanja awek.. pastu bile time bayar ko cakap ptptn cekik darah..

ptptn tu tak suruh pun ko apply la.. ko yang apply pastu janji nak bayar bagai.. last-last ko kata membebankan.. cantik muka.. weh bapak aku cakap.. kalau hutang tu.. sampai mati pun hutang tau..

lagi apa? hapuskan aes.. yang dah ko bawak keta laju sangat tu kenapa? ikut peraturan.. pasti tak disaman..

kalau tak puas hati ko p mintak dekat ahli parlimen tempat kau tu.. usulkan cdgn naikkan speed limit highway ke jalan raya mana yang ko suka lah.. bawak ke parlimen.. tu sebab ko ada calon ahli parlimen.. tu gunanya.. paham?

lagi apa? turunkan harga rumah? yang mi kalau aku komen nnt orang kata aku racist.. jadi aku malas nak komen.. tu ko bacalah dalam ruling di malaysia.. tak tau
mana nak carik? google je.. benda2 lain pandai ko google.. fakta penting ko buat-buat ngok pulak..

ha! nak di pendekkan cite.. kalau semua pun ko nak murah.. nak free.. nak macam2 lah.. mana kerajaan nak dapat sumber kewangan?? sekarang ko bagitau aku.. adakah anak cucu ko esok blh hidup dengan baik kalau korang dah kaut semua? nak itu nak ini..

ko ckp.. tu biarlah kerajaan fikir sebab dia kena jaga kebajikan rakyat.. isk.. ko belajar dulu teori ekonomi.. baru ko boleh paham dengan jelas..

mmg kerajaan kena jaga kebajikan rakyat.. apa yg tak de kat malaysia ni? ko bgtau aku.. benda basic semua ada.. sebab tu aku cakap.. ko kena paham konsep kehendak dan keperluan..

setakat ni.. tak pernah la lagi aku kebulur kat malaysia ni.. kalau aku kebulur sbb aku mls nak kerja.. kalau sakit masuk hosp kerajaan bayar singgit je..

nnt ko ckp la hosp kerajaan lembab la itulah inilah.. ni aku nak bgtau engkau ya.. kalau ko pegi hosp swasta pun ko kena tunggu tau.. bkn ko smp doktor n nurse bentang karpet merah utk kau..

adoi.. panjang betul aku merepek ni.. owh ya.. sebelum aku noktah.. suka cita aku nak ajak korang belajar teori maslow.. tak tau apa teori maslow? google ok..

nanti bile senang aku sambung lagi.. kiter berhenti setakat ni dulu..

yang sudi baca.. terima kasih diucapkan.. yang terasa hati dan ko rasa aku ni bodoh sbb bela kerajaan yang ko benci tu.. sukacita aku nak bagitau ya.. aku tak jemput pun ko baca blog aku..

bile dah baca dan cakap aku bangang.. tu ko punya pasal sbb aku tak kisah.. haters being haters ok! ( perasan!! mcm la ada orang baca blog aku..)

Wednesday 8 May 2013

PRU 13 (cont)

seawal jam 750 pagi aku dah keluar rumah nak menunaikan tanggungjawab aku kepada negara Malaysia ini.. korang kata apa pun.. aku dah pangkah apa yang aku nak pangkah..

dan sedari awal pagi.. ramai jugak yang post gambar jari bercalit.. tahniah kerana anda sudah menjalankan tanggungjawab anda juga..

dan sedari awal pagi jugak ramai fb warrior yang share video pengundi2 hantu.. kau tuduh orang tu.. orang tu tudah kau.. siapa yang sebenarnya buat hal sedemikian? wallahualam.. hanya orang yang buat saje yang tahu..

makanya.. jangan korang nak buat dosa kering aje kalau tak tau apa2.. dengan tuduh sana sini.. elok2 jadi kawan.. kerana politik jadi lawan.. tak bagus mcm tu..

owh lupa nak bagitau.. lepas aku mengundi pagi tadi.. aku p menyibuk di kawasan undi.. kot2 la jumpa mana2 bangla yang mengundi.. tapi malang nya.. tak de la pulak..

ok.. selamat mengundi dan ingat.. hormatilah apa jua keputusan yang akan kiter terima nanti..

aku.. hanya mampu mendoakan yang terbaik utk malaysia tanahair ku.. tanahair yang aku sayangi.. dulu kini dan selamanya...

Tuesday 7 May 2013

racist ke aku?

hari ni headline utusan malaysia 'apa lagi cina mau?'.. gempar satu malaysia... semua orang cakap utusan racist... dan penuh la posting2 di FB pasal perkauman... jangan bangkit kan perkauman dan sebagainya..

soalan aku pada korang... pernah ke korang baca newspaper yang tulis cina? korang tau ke tulis cina tu apa? aku yakin... bangsa aku ramai yang tak tau... sebab kiter semua sekolah melayu dan tak pernah belajar tulis cina...

soalan itu jugalah yang aku utarakan pada kawan aku yang suruh aku bukak utusan online pagi ni...

aku terbaca dalam fb yang PM kata pasal 'how about the chinese newspaper?' ya aku sokong PM aku...

nota: nak menulis entry ni... adalah susah buat aku...

Monday 6 May 2013

analisa politik dari kaca mata aku..

berakhirlah sudah demam PRU13.. yang menang.. tahniah diucapkan.. dan yang kalah.. cuba lagi..

pada sesiapa yang partinya kalah.. atau calonnya kalah.. your choice is 1 in the 13 millions.. orang lain pun ada hak kan.. maka jangan lah nak buat status merapu di fb yg mcm kamu lah 13 juta yang mengundi tu..

pada yang menang teruskan berkerja kerana anda adalah calon yang kami rasakan layak untuk mentadbir negeri/negara yang kami cintai ini..

dan dari kacamata aku.. bkn seorang ahli politik.. atau pengkritik yang mampu mengkritik dengan baik.. aku perlu melakukan sesuatu untuk bangsa aku sendiri.. tapi apa yang dapat aku buat?

owh.. aku lupa.. kamu bangsa ku perlu menonton Destini Anak Bangsa...

Sunday 5 May 2013

Saturday 4 May 2013

ipod touch 5th generation

kedai machines
jusco bukit tinggi

net: kalau anja dapat 8a kaknyah belanja anja
anja: ok 8a.. ipod touch ok..

budak2 kalau disogok hadiah terus semangat.. usahkan budak.. kita pun sama.. specifically.. aku..

fitrah manusia.. hadiah tu ibarat carrot kepada rabbit kan.. maka dapat habuan lebih semangat..

dan hasilnya.. dia pindah kan mesin buruk mak ke luar dan amik meja studi dari bilik amad.. sesuatu sgt!!







makan malam.. mi segera

ya.. kerana mak sibuk berkempen.. aku? duduk depan tiwi mengadap tiwi.. tp tangan memegang fon sedari tadi..

bile mak masak mi segera.. aku menyibuk sama.. aku tak complaint.. sbb aku malas tahap dewata..

mall lebih ngeri dari hantu

mall akan bertukar menjadi tempat yang mengerikan bila kala duit tu mcm air coke je rasanya..

mall akan jadi lebih mengerikan (lebih seram dari hantu) membeli tu tak pikir perlu ke tidak..

mall akan bertukar jadi tempat paling ngeri utk dilawati kalau semua benda pun nak beli dan akhirnya jadi pameran..

cop! tak guna tak apa.. yang penting ada.. tak gitu?

dari kacamata aku..

esok bersamaan dengan 5 Mei 2013.. rakyat Malaysia akan keluar mengundi.. sepanjang tempoh berkempen.. sungguh byk tohmahan yang aku dengar dari pelbagai pihak..

ada yang kata dia dah lama mengundi tp this year nama dia hilang la.. ada bangla beramai2 masuk malaysia sebab di bawa oleh umno utk undi bn la.. ada yang kata roadblock merata2 sbb tak bg balik kg la.. mcm2!!

hakikatnya.. tak satu pun dapat buktikan kepada aku yang semua itu benar2 belaku.. esok akan menjadi kali ke 3 aku akan keluar mengundi.. dan aku telah cek bahawasanya aku akan mengundi di tempat yang sama..

kebanjiran bangla di malaysia tu mmg dah lama.. korang tak sedar ke? tapi bas yang berkoyan2 itu.. airport tu di mana? mcm bkn di sabah.. owh ya.. suka aku nak bgtau di sini.. aku pernah ke sabah beberapa kali tahun lepas..

aku pernah nampak polis menahan penyokong bebas yang mengibarkan bendera dari kereta di highway.. kerana aku fikir.. perbuatan demikian membahayakan.. apa akan berlaku jika bendera tersebut terlepas? tidakkah akan membahayakan keselamatan org lain?

kite bebas untuk memangkah sesiapa saje yang kiter suka.. sebelum memagkah.. pilih lah.. dan pastikan kiter tak menyesal.. kerana 'what if' itu takkan mengubah apa2..

dan kite juga jagan lupa yang dalam dunia ni ada concept 'its too late'..

patut atau tidak?

hujan yang menggila di luar buatkan aku mahu bermalasan di atas tilam ni lagi.. kemalasan yang tiada tahap utk bangun apatah lagi mandi..

hujan yang menggila di luar membuatkan aku rasa bagus juga kalau tido.. tido adalah indah utk aku satu ketika dulu.. dan tido hanya jadi perkara yang indah bila kala aku terpaksa bangun untuk ke tempat kerja..

kadanga-kadang aku harus berkata kepada diri sendiri.. carilah kewarasan diri bila kala sudah tak mampu berfikir dengan tepat..

sekarang ni.. perlu tak aku balik mlm ni atau esok saje?

Friday 3 May 2013

status dan share yang menjengkelkan

status-status di fb yang menjengkelkan.. saya tidak suka disogok dengan perkara-perkara yang saya tak tau kenenarannya.. saya juga tak mampu nak share posting-posting yang menjengkelkn..

ya.. menyokong mana-mana parti tu hak anda.. saya tak pertikaikan itu.. tapi anda yang hanya fb warrior menambahkan kejengkelan saya..

dan saya bukanlah makhluk aneh yang mampu memandang tanpa respon untuk setiap tindak tanduk anda..

undi anda adalah rahsia.. ingat tu!!

one day you'll be mine (cont)

tahniah inawza yusof!! kau buatkan aku meniti ke tiga.. ya aku ulang ke tiga buah kedai buku semata-mata untuk mencari novel tulisan kau..

aku bukan lah makhluk tuhan segigih itu ya.. sebab aku bukan makhluk aneh makanya.. meniti ke tiga buah kedai buku yang berlainan lokasi adalah bukan aku..

setelah aku menamatkan kesemua chapter novel yang kau tulis tu.. (sejujurnya aku tak ingat jumlah chapter keseluruhan..) aku dapat rumuskan di sini yang kau adalah penulis yang aku cari..

one day you'!! be mine adalah yang aku cari selama ni.. mcm yang aku tulis smlm.. kau bukan lah penulis novel melayu tipikal yang menyajikan cerita-cerita yang biasa..

sesungguhnya aku kagum dengan watak ciptaan kau.. Dzul Ehsan.. ya.. aku suka dia.. makhluk aneh yang unpredictable..

aku mampu saje untuk terus baca penyudah cerita ini tatkala aku sedang tertanya-tanya siapakah Nik Afezal sebenarnya.. tapi aku tak buat macam tu..

aku mampu saje utk terus membaca chapter terakhir untuk aku mengetahui apa akan berlaku kepada Ehsan.. tapi aku tak buat macamtu..

kenapa? sebab aku sukakan perasaan tertanya-tanya dan suspen yang kau wujudkan.. aku suka segalanya tentang one day you'll be mine..

cumanya.. sila perbaiki english anda untuk novel-novel akan datang.. ku kira ia tak di edit dengan baik.. mungkin..

'kau seperti gula-gula getah yang melekat kat tapak kasut, tau? annoying!'

Thursday 2 May 2013

banjir

air tumpah atas meja atas kekalutan sendiri.. sgt tak cool.. nasib baik air kosong.. kalau air manis?? tempat ini akan dibanjiri dengan hidupan bernama semut..

one day you'll be mine...

tak beli lagi... hati meronta-ronta nak ke kedai buku membeli... nak pegi ke Pesta Buku Antarabangsa macam tak logik je... kalau setakat nak beli satu... tapi kalau nak beli banyak stok setahun... mungkin logik... cop!! kalau stok setahun maknanya aku ada stok buku untuk dibaca yang bertahun2... maka insaflah...

membaca di online... untuk 22 chapter pertama... bravo!! kisah yang aku nantikan daripada penulis novel... keadaan sebenar manusia... setakat 22 chapter pertama... tak aku terbaca kisah anak orang kaya yang spoiled... yang menabur duit untuk kehidupan... kalau ada pun... watak penyeri... aku tak kisah sangat watak penyeri...

untuk 22 chapter pertama... aku jatuh cinta dengan Dzul Ehsan... manusia aneh yang tak punya perasaan.. manusia aneh yang aku tertanya-tanya apakah dia sukakan Fitri... manusia aneh yang cakap tak perlu fikirkan perasaan orang lain... manusia aneh yang aku gambarkan dia seorang yang hensem...

untuk 22 chapter pertama... aku yakin... kisah seterusnya ialah Fitri akan menjalinkan kembali hubungan yang terputus dengan Nik Afezal... and ada tragedi/kisah suka dan duka... what else??

untuk 22 chapeter pertama... Dzul Ehsan akan sentiasa jadi penyelamat kepada Fitri... Fitri akan terus berhubungan dgn Dzul Ehsan... Dzul Ehsan akan jadi bayang2 Fitri...

dan untuk 22 chapter pertama... kesudahan cerita ini ialah Dzul Ehsan akan bersama dengan Fitri cumanya... jalan cerita kepada mereka akan bersama tak dapat aku nak bayangkan... kerana Dzul Ehsan itu manusia aneh... unpredictable... cliche tak apa yang aku fikirkan? atau adakah kesudahannya takkan sama dengan novel yang lain?

terima kasih kepada penulisnya... inawza yusof kerana melahirkan One Day You'll be Mine...

nota:  kedai buku adalah tempat yang aku nak tuju hari ni... after work! yess.. after work!!

Setengah Mati Merindu

Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana

Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu
Bertemu saat kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku
Bukan takdirku
Terus terang

Aku merindukan mu
Setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu

Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggu mu

Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang

Aku merindukan mu
Setengah mati merindu
Aku merindukan mu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggu mu

(Ku tetap menunggu mu setengah matiku)
Menunggumu Aku tetap menunggu mu


* lagu yang stucked dalam kepala aku sekarang..