Monday 13 October 2014

High Impact Public Speaking & Presentation Skills

it was a one day seminar organize by Biro Profession Muda under UMNO Youth Club.

secara keseluruhan, ia adalah program refreshment untuk saya. even though the content of the program is not up to my expectation, saya tetap belajar sesuatu juga dari program tu.

saya dapat ramai kenalan juga. 

walaupun program ini adalah program anjuran Kelab Pemuda Umno tapi content program tidak berkaitan langsung dengan politik. tiada satu pun content yang menyuruh kita pangkah Barisan Nasional. tiada!

jadi, kepada reader sekalian (ada ke reader?) ini adalah platform yang bagus untuk anda untuk meningkatkan skill diri dan menambah kenalan. jadi jangan sia-sia kan peluang ini sekiranya ia datang lagi. and its FREE ok.

kalau anda berpeluang untuk menghadirkan diri, datang. 

saya memang enjoy dengan seminar yang diadakan. makanan yang disediakan pun sedap.


Thursday 9 October 2014

popsicle - orange + pineapple + banana

senang mudah dan ringkas serta berkhasiat.

resepi:
sebiji banana
pineapple ikut suka
sebiji orange

masukkn semua bahan dalam blender. kalau ada shake n take blender tu lagi best la.. kalau dah takde guna apa yg ada saje..

blender sampai lumat. sampai kau rasa ia sangat halus. 

tak perlu air. risau blender tak gerak? aku pun gitu jugak mulanya.. pineapple dan orange akan keluarkn air so tak perlu air ok.

dah agak lumat masukkm dlm popsicle case. simpan dlm fridge.

senang kn?


Tuesday 7 October 2014

crochet bag tanpa spesifik pattern

hari cuti berganti semalam di habiskan dengan duduk di rumah. lantas teringat banyaknya benang kait yang di beli tapi belum menampakkan hasil. lantas benah kait di keluarkan. lantas mengait tanpa arah tuju. yang pasti outcome nya haruslah bag.

dan akhirnya, sehari suntuk mengait, bag pun siap. sebab saya ni suka menunjuk-nunjuk, lantas saya upload di instagram. tak sangka ada yang berminat. maka order pun di terima.


inilah dia nya. bag kait berukuran 24cm x 27cm (h x l). ukuran tali bag ialah 58cm. saya menjual bag ini dengan harga RM100.00.

mahal? ya! memang anda akan cakap begitu.. bukan berjenama pun tapi mahal. bag ini buatan tangan. orang putih kata hand made. bukan machine made. sebab itu ia pricey. harap maklum.




Friday 3 October 2014

oreo cheesecake

perhatian! resipi ini adalah untuk tray bersaiz 6inch x 6inch berketinggian 2inch.. kalau nak buat byk.. double kan dia ok.. 

base:
1 paket biskut oreo yang di buang krim tengah.. (jangan tanya blh tak letak half? nak guna biskut lain boleh tak? ikut suka mu la nak base nya tebal mana.. nak perisa apa.. ok?)
75g butter

cheese
250g creamcheese
1 cawan gula
1/2 cup sour cream
2 biji telor
essen vanilla
1/2 paket oreo

cara-caranya

panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius api atas bawah ok.. 

base:
cairkan butter. ketuk/blend biskut oreo. gaulkan keduanya.. oleh sebab dan kerana aku buat mangkuk kecik je.. maka aku guna satu paket oreo biskut dan 75g butter

masukkan dalam bekas yang nak dibakar. bakar selama 10 min. sejukkan

cheese:
putar creamcheese sampai lembut. masukkan gula. tapi aku dah gantikan gula tu dengan krim oreo yang aku asingkan tadi. kalau kau rasa tak cukup manis.. tambah sikit gula. putar. masukkan telor. putar. masukkan sour cream.. tp malam tadi umah aku tak de sour cream.. dan aku malas nak ke kedai.. aku guna je greek yogurt yang ada dlm fridge.. hahaha.. ok then putar lagi. last skali jangan lupa essen vanilla dan putar. oleh kerana ini cheese cake oreo.. maka 1/2 paket oreo yg dibuang krim.. di ketuk2.. masukkn dalam adunan. gaul rata. dan sebab aku ni jenis derhaka.. aku masukkan sesudu kecil jus lemon.. kihkihkih

bile base yang kau masak tadi dah sejuk.. masukkn cheese ni pula.. bakar selama 40 min pada suhu 180 darjah celcius.. bakar dengan cara meletakkn air ke dalam dulang pembakar ya.. maksudnya.. tray yg kau letakkn bekas cake kau tu.. di letakkn air di kelilingnya.. phm?

selamat mencuba ok!

ini ialah hasil nya.. gambar sikit tak semenggah sebab aku ni bukan photographer.. aku owner kepada kamera mahal je..