Thursday 2 May 2013

one day you'll be mine...

tak beli lagi... hati meronta-ronta nak ke kedai buku membeli... nak pegi ke Pesta Buku Antarabangsa macam tak logik je... kalau setakat nak beli satu... tapi kalau nak beli banyak stok setahun... mungkin logik... cop!! kalau stok setahun maknanya aku ada stok buku untuk dibaca yang bertahun2... maka insaflah...

membaca di online... untuk 22 chapter pertama... bravo!! kisah yang aku nantikan daripada penulis novel... keadaan sebenar manusia... setakat 22 chapter pertama... tak aku terbaca kisah anak orang kaya yang spoiled... yang menabur duit untuk kehidupan... kalau ada pun... watak penyeri... aku tak kisah sangat watak penyeri...

untuk 22 chapter pertama... aku jatuh cinta dengan Dzul Ehsan... manusia aneh yang tak punya perasaan.. manusia aneh yang aku tertanya-tanya apakah dia sukakan Fitri... manusia aneh yang cakap tak perlu fikirkan perasaan orang lain... manusia aneh yang aku gambarkan dia seorang yang hensem...

untuk 22 chapter pertama... aku yakin... kisah seterusnya ialah Fitri akan menjalinkan kembali hubungan yang terputus dengan Nik Afezal... and ada tragedi/kisah suka dan duka... what else??

untuk 22 chapeter pertama... Dzul Ehsan akan sentiasa jadi penyelamat kepada Fitri... Fitri akan terus berhubungan dgn Dzul Ehsan... Dzul Ehsan akan jadi bayang2 Fitri...

dan untuk 22 chapter pertama... kesudahan cerita ini ialah Dzul Ehsan akan bersama dengan Fitri cumanya... jalan cerita kepada mereka akan bersama tak dapat aku nak bayangkan... kerana Dzul Ehsan itu manusia aneh... unpredictable... cliche tak apa yang aku fikirkan? atau adakah kesudahannya takkan sama dengan novel yang lain?

terima kasih kepada penulisnya... inawza yusof kerana melahirkan One Day You'll be Mine...

nota:  kedai buku adalah tempat yang aku nak tuju hari ni... after work! yess.. after work!!

No comments: