Saturday, 29 November 2014

thought

having a second thought of what im going to do or to be next is something that really makes me headache.

i might fly high.. or i might fell down untill i dont know how to get up..

im just human.

Monday, 13 October 2014

High Impact Public Speaking & Presentation Skills

it was a one day seminar organize by Biro Profession Muda under UMNO Youth Club.

secara keseluruhan, ia adalah program refreshment untuk saya. even though the content of the program is not up to my expectation, saya tetap belajar sesuatu juga dari program tu.

saya dapat ramai kenalan juga. 

walaupun program ini adalah program anjuran Kelab Pemuda Umno tapi content program tidak berkaitan langsung dengan politik. tiada satu pun content yang menyuruh kita pangkah Barisan Nasional. tiada!

jadi, kepada reader sekalian (ada ke reader?) ini adalah platform yang bagus untuk anda untuk meningkatkan skill diri dan menambah kenalan. jadi jangan sia-sia kan peluang ini sekiranya ia datang lagi. and its FREE ok.

kalau anda berpeluang untuk menghadirkan diri, datang. 

saya memang enjoy dengan seminar yang diadakan. makanan yang disediakan pun sedap.


Thursday, 9 October 2014

popsicle - orange + pineapple + banana

senang mudah dan ringkas serta berkhasiat.

resepi:
sebiji banana
pineapple ikut suka
sebiji orange

masukkn semua bahan dalam blender. kalau ada shake n take blender tu lagi best la.. kalau dah takde guna apa yg ada saje..

blender sampai lumat. sampai kau rasa ia sangat halus. 

tak perlu air. risau blender tak gerak? aku pun gitu jugak mulanya.. pineapple dan orange akan keluarkn air so tak perlu air ok.

dah agak lumat masukkm dlm popsicle case. simpan dlm fridge.

senang kn?


Tuesday, 7 October 2014

crochet bag tanpa spesifik pattern

hari cuti berganti semalam di habiskan dengan duduk di rumah. lantas teringat banyaknya benang kait yang di beli tapi belum menampakkan hasil. lantas benah kait di keluarkan. lantas mengait tanpa arah tuju. yang pasti outcome nya haruslah bag.

dan akhirnya, sehari suntuk mengait, bag pun siap. sebab saya ni suka menunjuk-nunjuk, lantas saya upload di instagram. tak sangka ada yang berminat. maka order pun di terima.


inilah dia nya. bag kait berukuran 24cm x 27cm (h x l). ukuran tali bag ialah 58cm. saya menjual bag ini dengan harga RM100.00.

mahal? ya! memang anda akan cakap begitu.. bukan berjenama pun tapi mahal. bag ini buatan tangan. orang putih kata hand made. bukan machine made. sebab itu ia pricey. harap maklum.




Friday, 3 October 2014

oreo cheesecake

perhatian! resipi ini adalah untuk tray bersaiz 6inch x 6inch berketinggian 2inch.. kalau nak buat byk.. double kan dia ok.. 

base:
1 paket biskut oreo yang di buang krim tengah.. (jangan tanya blh tak letak half? nak guna biskut lain boleh tak? ikut suka mu la nak base nya tebal mana.. nak perisa apa.. ok?)
75g butter

cheese
250g creamcheese
1 cawan gula
1/2 cup sour cream
2 biji telor
essen vanilla
1/2 paket oreo

cara-caranya

panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius api atas bawah ok.. 

base:
cairkan butter. ketuk/blend biskut oreo. gaulkan keduanya.. oleh sebab dan kerana aku buat mangkuk kecik je.. maka aku guna satu paket oreo biskut dan 75g butter

masukkan dalam bekas yang nak dibakar. bakar selama 10 min. sejukkan

cheese:
putar creamcheese sampai lembut. masukkan gula. tapi aku dah gantikan gula tu dengan krim oreo yang aku asingkan tadi. kalau kau rasa tak cukup manis.. tambah sikit gula. putar. masukkan telor. putar. masukkan sour cream.. tp malam tadi umah aku tak de sour cream.. dan aku malas nak ke kedai.. aku guna je greek yogurt yang ada dlm fridge.. hahaha.. ok then putar lagi. last skali jangan lupa essen vanilla dan putar. oleh kerana ini cheese cake oreo.. maka 1/2 paket oreo yg dibuang krim.. di ketuk2.. masukkn dalam adunan. gaul rata. dan sebab aku ni jenis derhaka.. aku masukkan sesudu kecil jus lemon.. kihkihkih

bile base yang kau masak tadi dah sejuk.. masukkn cheese ni pula.. bakar selama 40 min pada suhu 180 darjah celcius.. bakar dengan cara meletakkn air ke dalam dulang pembakar ya.. maksudnya.. tray yg kau letakkn bekas cake kau tu.. di letakkn air di kelilingnya.. phm?

selamat mencuba ok!

ini ialah hasil nya.. gambar sikit tak semenggah sebab aku ni bukan photographer.. aku owner kepada kamera mahal je..

Monday, 29 September 2014

the third hospital

hidup aku ni memang penuh dengan drama.. sebab tu aku pun suka buat drama.. well.. itulah kehidupan kita kan.. drama lakonan kita sendiri sebagai pelaku utamanya.. 

tapi entry kali ni aku nak citer pasal drama korea.. ha! jangan tak tau.. dulu memang aku suka tengok citer korea.. sebelum aku beralih arah menyokong drama tempatan.. 

the third hospital ni.. dari tajuk pun dah tau kan.. kisah hospital la.. kisah apa lagi.. aku memang akan jatuh hati dengan citer korea yang berdasarkan kepada hospital.. mungkin sebab aku teringin nak jadi doktor kot.. nak selamatkan orang.. gitu lah konon-kononnya..

tapi memandangkan aku ni bukan lah student cemerlang.. pelajaran cuma so so.. maka.. memang takde harapan nak jadi doktor..

zaman aku sekolah dulu.. kalau kau bukan pelajar cemerlang.. yang duduk dalam kelas teratas.. jangan la kau mimpi nak jadi doktor.. 

lain pulak ceriteranya sekarang.. kalau mak bapak ada duit.. boleh menaja kau.. kau average pun boleh jadi doktor.. banyak dah kolej-kolej swasta yang offer medic okeh! pokok pangkalnya.. kau nak belajar ngan tak nak je..

ok berbalik kepada drama korea ini.. aku suka Kim Doo Hyun itu.. seorang yang arrogant.. ego tahap petala langit ke tujuh.. tapi sangat mengambil berat terhadap Dr Jin.. dah nama pun suka.. harus ada sikap mengambil berat disamping menunjukkan sikap buruk.. tapi malang.. Dr Jin ni suka orang lain.. 

dia confuse sebenarnya.. dia tak sure sama ada Dr Kim Doo Hyun tu suka dia ke tidak.. maka dia halakan la perasaan dia kepada orang yang menunjukkan sifat ambik berat kepada dia.. tapi orang yang dia sukai tu hanya suka dan sayang kepada bekas gf dia yang dah mati.. 

kalau korang nak tengok citer ni.. sila pegi ke laman sesawang ini.. godrama.com eh.. betul ke? kalau tak betul.. korang terbalikkan je lah.. ok?

jam telah menunjukkan hampir ke jam 12am.. aku pun mau tdo dan esok perlu bangun pagi untuk ke tempat kerja..

haish.. apalah nasib.. kan best kalau tak perlu kerja.. boleh ke mcm tu?? =..=


Tuesday, 16 September 2014

Happy Malaysia Day

so today is public holiday.. so today is Malaysia day..

what's new.. nothing new.. 

happy malaysia day Malaysia..

i won't let anyone hurting you...

Thursday, 24 July 2014

tribute to MH17

thank u KBS minister for the tribute during the opening ceremony of Commonwealth Games, Glasgow 2014..

its a heartbreaking seeing my flag in half mast.. 

its a heartbreaking seeing the athletes wore the black armband..

its even a heartbreaking seeing the athletes in MAS uniform..

im proud to be Malaysian and will always do.. i love my country!


Monday, 21 July 2014

Zill Faezrul

mama! tolong pinang kan zill ni untuk anakanda mu boleh tak?


foto kredit to en Google

Sunday, 20 July 2014

Rindu Awak 200%

kegilaan drama melayu novel diteruskan lagi..

awalnya tak ambik port pun dengan cerita ni.. sekali bile keluar teaser di tiwi.. eh.. mcm best la pulak..

lantas.. lepas tengok teaser.. terus ke kedai buku mencari bukunya.. fuhh!! nasib baik masih sempat memiliki.. kalau tak.. perasaan tak puas hati pasti menular..

pada pendapat akulah.. tajuk dan ceritanya.. boleh la dikatakan mcam tak berkaitan.. eh memandai-mandai je aku kan.. diulang sekali lagi.. ini hanyalah pendapat peribadi aku..

secara keseluruhan.. cerita ni best sebab watak zill yang super cool dalam menangani si mel yang super duper mereng..

akhirnya haruslah si zill dan mell bersatu.. tu memang dah tau.. kalau tak bersatu mau kena bakar buku tu nanti..

bila zul ariffin pulak yang bawak watak zill tu.. iskk.. tak tau nak cakap lah.. rasa mcm nak pengsan.. hahaha

aku bukanlah peminat zul ariffin.. jarang aku tengok dia berlakon pun.. tp watak zill yang dia bawak ni buat aku rasa.. ohemmgeeeee!! perlu pengsan sekarang ke atau perlu pengsan lepas abis drama ni??

si pembawa watak mel tu pelakon baru kot.. entah! tak pasti.. walaupun aku peminat drama melayu tegar.. namun tak pernah pulak aku nmpk dia berlakon..

apa pun.. si pembawa watak azad tu (nama sebenar tak diketahui) dah banyak improve dalam lakonan.. aku masih igt dia belakon jadi abang kay dalam sehangat asmara.. gila bapak kayu.. sekarang dah tak kayu sangat..

kesimpulannya.. aku beli buku tu sebab zul ariffin bawak watak zill faezrul saje.. itulah kenyataannya..



Friday, 18 July 2014

u'll be remembered MH17

another tough times for malaysia.. my beloved country..

bila Allah telah kata 'kun fa ya kun'.. maka jadi lah ia..

even they are not our family.. neither our friend.. but please.. show some respect people..

aviation safety is never a joke people!

to all muslims on board.. Innalillahiwainnaillahirajiun..

to those non muslim on board.. Rest In Peace.. 

Thursday, 17 July 2014

11 tahun and not counting..

perkara yang sukar adalah nak menetapkan hati..

kata orang.. ikut rasa binasa.. ikut hati mati..

nak melalui hari-hari terakhir di sini.. entah.. aku tak tau apa yang aku rasa..

11 tahun yang penuh memori..

11 tahun yang menjadikan aku seorang aku..

11 tahun yang punya sejarah sendiri..

11 tahun itu.. tetap takkan datang kembali.. 

kalau lah aku punyai time machine.. adakah aku akan kembali ke waktu itu?

entah.. segalanya macam mimpi..

setiap pertemuan ada perpisahan.. 

akhirnya.. after 11 years.. im not counting anymore.. my chapters with Perodua will end on 25 of July 2014..

and hola to new place!

Friday, 4 July 2014

interview ilmiah

the interview happened yesterday.. orang ke empat masuk dlm bilik interview.. gabra.. blur.. semak otak.. penuh rama-rama dlm stomach.. u name it!

dan tengah-tengah menunggu tu.. boleh pulak datang perasaan 'eh! apa aku buat dekat sini?'

damn.. 

org pertama keluar 15 min lepas masuk.. argh! dalam hati dah terdetik.. cepatnya??! kena halau ke apa??

orang seterusnya masuk.. dan keluar boleh pulak ckp.. panel tanya itu ini.. aku yang dengar ni terus.. 'damn!! aku tak tau kejadah apa itu!!'

dan turn aku pun sampai..

masuk dlm bilik tu.. aku berterus terang je.. 'i dont know what to expect from this interview.. i dont have any friends persuing PHD to refer to.. i'm sorry..'

dengan tenangnya panel tu cakap kat aku.. 'its ok.. there's always a first time in our life.'

cool! tenang gile dia jawab..

soalan pertama panel sebelum aku merepek pasal slide proposal aku ialah.. grad dari mana? cgpa berapa?

huh! nasib baik grad mba pointer agak bagus.. so tak la malu sangat nak bagitau..

kemudian.. sesi membaca slide pun berjalan.. 

dia tanya la sikit2 pasal proposal aku.. tanya aku dah ada supervisor ke belum..

oh.. salah sorang panel buat kajian dlm scope yang aku propose.. lantas.. aku terus tanya dia.. 'can u be my supervisor if i manage to persue my PhD?'

lantas.. kami pun bertukar-tukar nombor talipon...

moral from yesterday's interview..

jangan percaya ckp org.. tiap candidate akan dapat soalan yang berbeza.. prepare dan prepare.. itulah sebaiknya..

conclusion.. semalam punya kejadian.. oklah.. kalau tak berjaya time ni.. cuba lagi next time.. tp lbh specific..

keputusan interview 1..

keputusan : berjaya..

but for certain reason i have to reject the offer.. 

and i feel that they undervalue my potential and experience..

Monday, 30 June 2014

2 minggu yang telah berakhir..

two weeks is over now.. move on babe!

preparing for PHD interview is most vital now..

2nd day of fasting.. what's for berbuka today?

Saturday, 28 June 2014

Interview yang akan sangat ilmiah

after 33 years living in the world... 3.7.2014 will be the first time i will be going to interview for PHD... nak pegi belajar pun kena interview uols... so adik2 yang baru nak buat diploma ke... degree ke... jangan la marah kalau kena p interview... sebab hakak pun kena hadap dik non oiii...

tak tau apa nak expect... i dont have any friends who studied PHD...

so... as a conclusion... i just do my best... so that i dont look idiot... and take this as an experience for myself... take note whatever the question looks like...

if let say tak dapat... i will try again next semester with different proposal..

that's all... and as for now... i will try my best to complete their requirement...

Wednesday, 18 June 2014

first time this year..

went to interview.. not putting any hope into it.. redah saje lah.. if its meant to be mine.. it always will..

nota: tunggu panggilan dan negotiation.. kalau ada.. (berangan ada)

Tuesday, 10 June 2014

salah siapa?

malam-malam hari yang tak de aktiviti sgt ni.. i've decided to watch 999 at TV3.. adalah satu kejadian tu dalam citer tu lah.. berkenaan dengan penagihan dadah.. ada sorang budak tu umur 17 tahun kantoi.. so wartawan tu tanyalah budak tu..

wartawan: kenapa tak pegi sekolah?
budak: takde orang nak hantar.

my gosh!! jawapan budak tu.. buat aku rasa nak cekik-cekik budak tu bagi mati.. takde orang nak hantar katanya.. kau dah kenapa??

pegi ke tempat menagih dadah boleh.. pegi sekolah takde orang nak hantar.. eh budak.. takde orang yang hantar kau ke tempat menagih dadah ya..

entahla.. salah siapa? salah mak bapak dia ke? atau salah dia sendiri..

kalau ikutkan aku sendiri.. memang salah budak tu.. jangan salahkan mak bapak.. 

untuk pengetahuan semua.. aku dibesarkan oleh mak bapak yang tak pernah endahkan hal-hal sekolah kau.. kau buat homework ke.. kau belajar pandai ke.. tak ke.. tak pernah.. mak bapak aku tak pernah kisah..

tapi.. bapak aku.. dia hanya bagi ayat ni dekat aku adik beradik.. 'ayah takde harta nak tinggalkan untuk korang.. ayah hanya mampu bagi korang pegi sekolah.. pandai-pandailah korang'

that's all...

alhamdulillah.. aku adik beradik pilih nak pegi sekolah.. walaupun kadang-kadang ada jugak ponteng sekolah.. tapi ponteng sekolah tdo kat umah.. hehehe..

mak bapak dah berusaha bagi yang terbaik utk kite.. walau tak kaya.. tapi cukup makan pakai.. dapat pegi sekolah.. bersyukurlah.. sebab tahap tu je kemampuan mereka..

sebagai anak.. kite lah kena berusaha untuk bagi mereka merasa bahagia..

Tuesday, 3 June 2014

yang nampak dan yang tak tau

kata kawan.. 'amboi.. kalau org tengok dressing kau.. pengsan! nak mengorat pun takut..'

tu yang orang nampak..

1.  bag - coach
2.  purse - michael kors
3.  spec - ray ban
4.  bracelet - pandora

yang orang tak tau..

1.  baju - FOS clearance sale
2.  seluar - uniqlo clearance

so ladies.. mix and match ok! supaya baju kau yang clearance sale 70% tu.. takpun baju yang kau beli tanpa pikir di times square tu akan nampak mahal dan gah gitu..

nota: aku memang tak spend duit untuk baju mahal.. gila kau! aku bukan fashionista nak over2 sangat dress up.. last-last yang aku sauk.. selipar jamban.. tshirt and seluar katok..

Monday, 2 June 2014

1 year older ~ happy birthday

today is the day i was born many years ago..

thank u mama and ayah for everything.. ur good deeds will never be repaid..

AAS u made my day! i know you've hate that overpriced jewelleries.. nevertheless.. thank you so much..

last but not least.. thank you for all the birthday wishes.. 

xoxo ~ net


Saturday, 31 May 2014

bile kiter..

bile kiter adalah seorang doktor.. our circle of friends semuanya doktor..

bile kiter adalah seorang pekerja kilang.. disekeliling kiter adalah mat dan minah kilang..

bile kiter adalah seorang pendidik.. teman-teman kite adalah warga pendidik..

what a life.. tapi tulah kenyataan kan.. 

nasib baik kawan-kawan rapat/baik kategori bff aku semuanya berlainan background..

kalau tak.. seumur hidup ni.. kawan aku hanyalah mat dan minah kilang.. sad!

Friday, 30 May 2014

Part 1 tamat..

nak mencarik.. susah..
nak tetapkan hati.. susah..
nak start mengarang.. susah..

nak beratur panjang.. penat..
nak perah otak.. penat..
nak cukupkan requirement.. penat..

hasil - 
proposal paper dapat disiapkan..
referee report dapat diusahakan..
application form dapat dihantar atas talian..
hard copy segala kerapah yang perlu dapat di courier..

part 1 dah tamat.. part seterusnya..

tunggu panggilan interview.. tunggu surat tawaran..

kalau tak dapat.. cuba lagi..


Thursday, 29 May 2014

complicated

bile pandang kalendar.. especially kalendar bulan Jun.. terus terpikir.. apa yang aku dah buat selama ni? apa achievement yang aku dah buat untuk hidup sendiri?

10 tahun yang sia-sia? entah!

aku selalu menyedapkan hati sendiri.. dengan cakap pada diri.. 10 tahun tu tak sia-sia.. 10 tahun tu banyak dah yang aku capai.. 10 tahun tu dah bagi apa yang tak pernah aku pikir dulu..

tapi hari ni.. 

entah! jiwa aku kosong.. perasaan aku hilang..

ayat-ayat tu tak lagi dapat menyedapkan hati aku.. 

aku patutnya live life to the fullest kan? so why worry? move on net!

hidup ni complicated dan terus akan jadi complicated.. sebab aku memang complicated!


teman lelaki upahan

pernah tak korang baca novel dalam masa tak lebih dari 24 jam?

pernah tak korang baca novel sampai tinggal kan semua benda.. termasuk semua socialise.. makan.. minum.. mandi.. ? (ok please.. solat jangan tinggal!)

pernah tak korang baca novel sampai bengkak mata? dan esok orang heran dah kenapa mata kau bengkak??

dah lama berbulan jugak aku tak membeli novel.. dengan alasan novel sekotak belum baca.. 

lagipun.. habit telah ditukar.. hanya baca novel masa pagi dari jam 7.30am - 7.50am saje..

teman lelaki upahan.. by azura rasiddin.. tahniah! anda buat saya gila.. anda buat saya lupakan dunia dan masuk ke dalam buku anda.. masuk dalam dunia bayangan anda..

saya suka watak-watak ciptaan anda.. saya suka lydia.. saya suka el..

kalau buku ini di dramakan.. saya suka kalau nabila jadi lydia.. tapi saya tak jumpa el.. mgkn si romi (nama sebenar tidak diketahui.. hanya kenal dia sebagai romi dalam cerita romi cinta julia)

ok.. aku ringkaskan ceritanya.. 

lydia seorang gadis yang sombong, angkuh belagak.. u name it! semua perangai buruk ada pada lydia..

el.. lelaki yang low profile.. asalnya teman lelaki upahan lydia.. akhirnya cuba utk memulihkan keadaan.. menolong lydia.. 

ok.. for sure kemudian conflict.. pastu sure korang blh tahu apa ending dia kan..

dah banyak novel melayu yang aku baca.. aku dapat agak endingnya.. tapi kenapa aku baca jugak?

sebab jalan ceritanya.. jalan cerita yang kau tak dapat nak lepaskan.. yang kau rasa kau tak blh nak miss walaupun satu perkataan.. kau nak tau apa jadi lepas tu.. drama tak aku? hehehe..


Thursday, 3 April 2014

and the chapters end..

resend

everytime i look at the sky.. my tears drop.. its a heartbreaking news.. 

and everytime i read the steward chief daughter's tweet.. i cry.. i dont know her.. but i feel her..

after 17days of waiting.. its ended in the southern Indian Ocean..

who ever around this world who affected with the missing aircraft.. be strong ya!

i know its hard to accept the fact that our loved ones is no longer with us.. i know the feeling.. i feel you.. yes i feel you..


Sunday, 9 March 2014

tragedy MH370

bile keluar berita kehilangan pesawat ini.. pertama sekali yang ada dalam fikiran aku ialah wati.. terus carik crew2 dalam pesawat.. alhamdulillah.. bukan wati dalam pesawat..

namun.. jauh di sudut hati.. aku tetap terkesan dengan berita itu.. dengan kehilangan itu..

bukan keluarga atau kenalan aku.. tapi aku tetap merasa kehilangan.. tetap mengalirkan air mata..

saat entry ini ditulis.. semuanya masih lagi tanda tanya.. setiap persoalan tiada jawapan.. 

MH370 the whole world is waiting for u.. please come back..

kepada setiap keluarga yang terlibat.. aku tahu.. segalanya tak mudah untuk kamu semua.. aku akan sentiasa mendoakan yang baik2 buat semua yang ada di dalam MH370..

Saturday, 15 February 2014

hanya aku..

kadang-kadang.. tanpa sedar.. perbuatan kite melukakan hati orang lain..

tapi kadang-kadang.. kite tak sedar yang kite melakukannya..

kadang-kadang.. kite terlalu memikirkan perasaan orang lain..

dan kadang-kadang.. kite bertanya.. adakah orang lain itu memikirkan perasaan kite?

kadang-kadang.. bile terdetik di hati.. 'apa yang patut aku buat??' .. aku tak buat apa-apa.. ke kanan tidak.. ke kiri pun tidak.. aku hanya terus ke depan tanpa berpaling..

orang akan kata.. kejamnya aku kerana berkelakuan begitu.. 

hidup aku.. aku yang rasa.. hidup aku.. aku yang kemudi..

bukan dia.. bukan kamu.. bukan mereka.. dan bukan sesiapa.. hanya aku..

Sunday, 9 February 2014

amad's engagement ~ 8 feb 2014

ayah.. 

amad dah besar sekarang.. dia dah bertunang semalam.. he looks exactly like you..

ayah..

how i wish u still here with us.. sharing the precious moments of our family.. 

ayah..

i still feel that amad is my little brother.. i hv to let the feeling go kan.. accept the fact that he is grown up..




im happy for both of u.. welcome to our family mira..

nota: 

mira..

adik sy banyak kekurangan.. terimalah segala kekurangan adik saya.. dan segala kekurangan keluarga kami..



Friday, 24 January 2014

pumpkin pie

lama pulak rasanya tak menghupdate resepi masakan.. kalau dah lama tak menghupdate resepi maksudnya tak memasaklah ya..

resepi rahsia hari ni ialah pumpkin pie.. haaa.. mimpi siang hari ke kena sampuk ni? ribut takde.. taufan takde.. tiba2 masak pumpkin pie kau..

simple je caranya.. 

1. dah nama pun pumpkin pie kan.. kena la ada labunya.. labu saiz sederhana sebijik.. 

labu ni belah dua.. buang bijiknya.. cuci bersih dan di steam kan.. bile dah empuk isinya.. sejukkan..

dah sejuk.. korek isinya.. kulit dibuang..

2. buat pie crust.. 

2 cawan tepung gandum
secubit garam
2 sudu makan gula
3 100g butter (jgn lembikkan butter.. butter kena sejuk beku)

campur semua bahan.. tapi tepung tu guna secawan dulu.. masukkan dlm food processor.. guna blender kering tu pun ok.. lps dah blend semua.. masukkan dlm bekas dan masukkan tepung yg secawan lagi sikit demi sikit smp adunan tak melekat di tgn lagi.. pastu simpan dlm fridge selama sejam..

3. pie filling..

2 cawan pumpkin yg dikorek isinya tadi
1/2 cawan gula merah
1/3 cawan gula putih
1 sudu teh mixed spice
2 biji telor
1/2 sudu teh garam
12oz evaporated milk

campurkan gula telur garam mixed spice.. pukul guna whisk saje.. masukkan pumpkin.. kacau dengan whisk tu.. last skali baru masukkan evaporated milk tu.. kacau sampai bergaul semua..

4. keluarkan pie crust yg dibuat tadi.. letak dalam bekas.. ikut suka la nak nipis ke tebal ke dia punya crust.. lps tu.. masukkan pie filling tadi.. bakar la smp masak.. setiap orang oven lain2 kan.. maka guna la imaginasi kau nak bakar pakai suhu apa..



nilah hasil yang tak seberapa tu.. sbb kan aku ada mold cheese tart tu.. jadi aku guna je lah mold tu.. (yang sebenarnya aku takde loyang aluminium.. hehe)

btw.. kalau korang tak suka manis.. blh kurangkan lagi gula tu.. aku pun tak suka manis.. tp ni mmg just nice je.. kot la nak lagi tawar.. silakan.. ikut sedap tekak masing2..

ok.. selamat mencuba.. next resepi aku nak buat apple pie pulak lah.. ehh..

Wednesday, 15 January 2014

sampai bila?

sampai bile la nak macam ni.. nak berperang dengan diri sendiri.. berperang dengan perasaan sendiri..

sampai bile la nak macam ni.. 

Monday, 13 January 2014

hidup macam menyusun jigsaw puzzle

hidup ni betul-betul macam menyusun jigsaw puzzle.. 

kena asing-asingkan.. kena buat border dulu.. kena telek betul2..

kadang2 tersalah langkah.. dan kite patah balik..

dan berpatah balik tu bukan sebab kite nak ke tempat lama.. tapi sebab kite nak ke tempat lain yang baru..


Doctorate Support Group

mula-mula heran.. bila pulak aku like page Doctorate Support Group ni???

rupanya si wada yang invite aku dalam group tu.. 

menambahkan semangat nak buat PhD..


note: terasa macam cancer support group pulak.. 

whatever it is.. saya gembira buat paper walaupun dalam tangisan dan air mata.. poyo!

Monday, 6 January 2014

SLAB - proses selepas mendapat borang

entry ini di tuju khas untuk kawan-kawan.. pembaca-pembaca (kalau ada yang membaca.. hehe) dan sesiapa saje  yang ter 'come across' ke blog yang tidak berunsurkan ilmiah ini..

hari ni aku nak citer sikit pasal SLAB under UM.. SLAB ialah singkatan kepada Skim Latihan Akademik Bumiputera.. ialah adalah sejenis scholarship yang mana korang di taja untuk belajar di peringkat masters degree atau phd.. dan sebagai balasan.. kena la berkhidmat dengan uni tersebut..

macam scholar yang lain.. mesti ada tnc nya kan.. untuk SLAB ni.. korang google saje lah.. nnt jumpa borang segala..

yang aku nak citer ialah.. process flow after u submit your application.. diulang lagi.. untuk SLAB di bawah UM.. uni lain pun offer juga.. maka lain la process nya ya..

ha! aku sendiri yang call dan tanya admin untuk program tu.. asalnya aku nak tanya application aku sampai ke tak.. maklum la.. main email-email je kan.. aku merajinkan diri call sbb risau juga kalau application aku tu sangkut kat tempat lain kan..

so.. lps tanya mereka dapat tak application aku.. aku pun dengan ramah mesra tanya la what are the process involve.. so.. lps dpt borang aku tu.. akan  masuk stage tapisan.. after tapisan.. interview.. kebiasaannya.. interview akan dibuat pada minggu keempat setiap bulan.. 

lepas interview.. andai kata kau berjaya dalam interview tu.. nama dan application kau tu akan dihantar ke faculty.. ikut faculty yang korang mintak.. lepas tu faculty akan approve atau reject..

kalau faculty approved.. nama korang tu akan di hantar semula ke SLAB punya admin utk process seterusnya..

sila ingat ya.. cek la berkali2 sebelum submit.. kerananya.. mereka takkan notify yang kau tu isi borang betul ke.. tidak ke.. sijil cukup ke tidak ke.. even kalau application tu sampai ke tangan mereka pun mereka tak notify kau..

maka.. rajin2 lah buat panggilan dan beramah mesra dengan mereka.. bukan nak rugi pun menambah kenalan.. dapat jugak menambah skill berkomunaksi..

owh.. sebelum aku lupa.. lepas tiga bulan kalau tiada panggilan.. maka lupakan lah scholar tu..

koleksi kasut lapuk..

bile aku buat entry pasal kasut yang baru aku beli.. mesti ada orang kata aku seperti nak menunjuk-nunjuk.. seriously aku tak berniat begitu..

aku ada reason aku sendiri.. 

pertama.. kasut yang mahal dan berkualiti.. tahan lama.. (kasut aku ada yg nak separa abad kau.. dan masih lagi elok...)

kedua.. aku tak boleh pakai flat shoes buatan vincci ke.. buatan brands outlet ke.. buatan h&m ke.. mahu pun buatan yang mahal2.. sebab aku ada masalah pinggang..

ketiga.. aku tak boleh pakai killer shoes sbb kaki aku gemok dan kembang! ini hakikat.. kalau nak melecet jari kaki yang last skali.. sila lah cuba..

ok.. antara investment terbesar aku ialah kasut clarks dan selipar jamban fitflop.. memang nangis la nak bayar.. tapi.. yang korang tak tau.. aku amatlah jarang membeli kasut.. 


sandal ni aku beli dah lama.. aku rasa 5 tahun ada kot.. sampai sekarang masih elok dan boleh di pakai..


kasut ni dah 7 tahun! aku belasah kasut ni cukup2 dulu.. skrg pun masih pakai tapi dah kurang..


ha! ni satu lagi kasut kerja.. dah 3 tahun berkhidmat.. lepas 4 tahun kasut di atas tu aku belasah.. aku beli pula kasut ni.. pastu rotate la kasut ni dengan kasut di atas.. see.. masih lagi kilats uols!


ha! ni baru 3 tahun.. jarang pakai sebab dia akan melecetkan buku lali aku.. tp ia adalah super comfy.. mmg best sgt! aku masih igt lagi yang aku kena beratur 3 jam utk masuk warehouse sale clarks.. dan aku dpt beli kasut ni dengan harga RM200 saje.. 


ok abaikan kaki bercagu itu.. fit flop ni di beli sebab doktor suruh pakai fitflop utk kurangkan sakit pinggang.. selepas menangis membayar.. aku hentam kasut ni cukup2.. lepas setahun pakai.. tapak masih tak licin.. kasut ni aku pakai setiap hari ya..

ha! korang nampak tak di situ?? aku beli kasut kerja harga RM 200 - 400 tapi aku pakai smp bertahun-tahun.. kiranya pakai smp boleh jadi marah la dekat kasut tu sebab tak rosak2..

maka.. tepuk dada usha beg duit.. 👍





Sunday, 5 January 2014

killer shoes or comfort shoes?

ha! mana satu pilihan hati?? killer shoes yang nampak vogue da vas di mata orang.. atau.. comfort shoes yang umpama kasut nyonya jinjang dan nenek2??

kalau dibagi pilihan.. sape tak nak lawa kan?? semua orang nak nampak vogue da vas.. tapi malang.. untuk orang-orang yang seperti aku ni.. yang ada masalah sakit pinggang la.. sakit kaki bagai.. killer shoes tak mungkin dapat aku sarung.. menangis la aku di tengah2 alam kalau memakainya..

sebagai jalan penyelesaiannya.. kena la cari kasut yang comfort.. so.. utk org-org seperti aku.. yg penyakit ntah apa-apa.. kena invest kepada kasut yamg comfort..  mahal nak mamp.. tapi kena pejam mata je.. pasal nak jalan dengan selesa..

jadi.. tepuk dada tanya selera.. buat lah pilihan yg tepat untuk kaki anda.. supaya anda tak meratap di tengah alam sbb sakit pinggang memakai flat shoes spt i..


tajuk : chorus jazz..
nota kaki: dah lama usha tapi tak saiz la.. sekali tiba2 saiz la pulak.. pejam mata bayar. sekian!

Saturday, 4 January 2014

Makanan untuk perut kempis..

ha... baca tajuk pun dah heksaited kan... :) aku pun heksaited jugak masa mula-mula membaca article yang aku dapat tu...

okeh... mari terus kepada tajuk.. tak payah nak kona-kona... btw.. korang boleh pilih makanan apa yang sesuai dengan selera dan anak tekak korang... bukan la kata kena ikut semua...

1.  Almond - makan se ounce sehari boleh mengelakkan dari pada craving kepada makanan... dan mengelakkan kenaikan berat badan...

2.  banana - makan pisang sekali sehari boleh mengelakkan dari bloated.

3.  Eggs - makan telor sebiji diwaktu breakfast boleh buatkan kenyang sampai lunch..

4.  apples - makan sebiji atau dua sehari untuk elakkan dari makan makanan ringan..

5.  peanut butter - 2 tablespoon sehari semasa breakfast boleh buatkan korang kenyang smp tiba waktu lunch..

6.  sayuran hijau -  low calorie... boleh makan banyak... ambik banyak sayur masa lunch dan dinner boleh elakkn makan nasik banyak...

7.  yogurt -  bakteria baik yang boleh memudahkan sistem perparitan ya... so badan pun less gas dan kurang bloating sbb pembuangan yang betul...

8.  avocados - instead of ambik mayo yang tinggi calorie tu, jadikan avocado sbg dip... mash half with lime juice, salt & pepper, and onion... sedap owhhh...

so that's all makanan yang boleh membantu korang untuk dapatkan perut yang kempis... jangan lupa exercise pula....


selamat mencubalah... kalau korang berjaya... sila tinggalkan komen... aku pun nak tau jugak hasilnya.. aku belum la lagi mencuba... hehehe


source from chacha.com

Thursday, 2 January 2014

orbituary to my previous life..

yes! it's an orbituary to my previous life. i dedicated this entry to my previous life. why? cos i dont live there anymore. 

current life:- 
1. boring 
2. very ordinary 
3. i forced myself to work because i need to settle all the bills. and buy things i envy. that's all! 
4. lost my beloved ayah in 2006. which until today i hardly accept the fact 
5. make new friends and lost some 

that's all i can say about my current life. even some said.. 'best la jadi kau... boleh beli benda sukahati..' , 'bujang lagi... tak de commitment.. boleh la beli macam-macam... fikir diri sendiri je..' fuck all that!  

things that i would like to accomplish in my life:- 
1. buy a home. a condominium to be specific. 
2. buy a premium handbag ie. Prada, Tods 
3. live a luxury life 
4. drive a brand new Volkswagen Beetle 
5. write a novel 

and till today... things that i would like to accomplish remain as a dream.. why? because i didnt work it out.. i just let it be a dream... 

and somehow rather... there are few things that i didnt dreamt off happened.. oh btw... i said few because my life is not great. its routine. and very ordinary.

1. bought a home for mama to stay in. even it just a cheap flat. but its mine! 
2. graduated with first degree in accounting. never dreamt of this.. after completing my diploma i decided not to further my study. 
3. completed my masters degree in business majoring in finance. what the eff?? hey! this is seriously like a dream.. me finance?? oh my! u didnt know how suffered i am.. masters degree is never in the list.
4. working as part time facilitator. this is soooo great. never in life imagining my self talking in front of 40 pax of people.. teaching! this is so unbelievable. 
5. being promoted to executive level in 2006 with my diploma qualification even im a newbies in the company. some people waited for 10 years to be promoted. 
6. knew some one who believe in me no matter what in 2005 if im not mistaken. and until today he is with me. gaves me advice when i need one. persuade me to further study. be by my side when the world turn me down. u are my Papa Smurf! and will always be.
7. met with great peoples. not just great but inspired me. too many to mention. 

there are many more things that happened to my life either i realised it or not.. 

and for 2014.. im not hoping for a better tomorrow... but i will work it out for my better tomorrow..