Showing posts with label net can cook. Show all posts
Showing posts with label net can cook. Show all posts

Sunday, 22 February 2015

nutella cup cake

it just that today i dont know what to do.. so i decided to bake a nutella cup cake.. 

10 tbs plain flour
1 cup nutella
2 pcs egg

mix all the ingredient togather. put it in a cup cake cup.. i have left over of walnut from my previous experiment.. so i used it as a decoration on top of my cuppies..

bake for 30 minutes at 170 celcius.

tadaaa!! ur cuppies is ready now!


Saturday, 31 January 2015

sheperd pie versi orang malas

setelah berminggu-minggu pulang dari opis lewat.. tak nmpk rupa petang.. dah gelita baru dapat pulang.. gitulah.. semalam dapat balik awal.. maka main masak2 la.. apa lagi.. 

berangan punya berangan.. maka.. jadilah.. sheperd pie..

bahan-bahannya..

2 biji potato - peel n dice
25g butter
beef/chicken/lamb ikut suka nak banyak mana - potong halus atau kasar.. ikut suka..
1/2 biji yellow onion - dice
1 small carrot - peel n dice
1 cup frozen peas
2 celery stalks - dice
1 tablespoon tomato paste
salt secukup rasa

cara masak
1. rebus potato
2. smbl tu panaskan pan letak minyak sikit. masukkan daging. masak smp masak. dah masak angkat daging. daging akan keluarkn air. buang air daging.
3. guna pan yg sama masukkn onion n carrot. masukkn sikit garam.. dah lembut carrot masukkan kacang peas. kacau smp lembut. masukkn tomato paste daging dan garam secukup rasa.
4. potato dah empuk lenyek guna fork. masa masih panas masukkan butter dan garam sucukup rasa.
5. masukkan filling td dlm casserole. ratakan. letak potato sebagai topping.
6. bakar selama 30 minit. suhu 180 darjah.

senang kan! selamat mencuba.









Friday, 3 October 2014

oreo cheesecake

perhatian! resipi ini adalah untuk tray bersaiz 6inch x 6inch berketinggian 2inch.. kalau nak buat byk.. double kan dia ok.. 

base:
1 paket biskut oreo yang di buang krim tengah.. (jangan tanya blh tak letak half? nak guna biskut lain boleh tak? ikut suka mu la nak base nya tebal mana.. nak perisa apa.. ok?)
75g butter

cheese
250g creamcheese
1 cawan gula
1/2 cup sour cream
2 biji telor
essen vanilla
1/2 paket oreo

cara-caranya

panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius api atas bawah ok.. 

base:
cairkan butter. ketuk/blend biskut oreo. gaulkan keduanya.. oleh sebab dan kerana aku buat mangkuk kecik je.. maka aku guna satu paket oreo biskut dan 75g butter

masukkan dalam bekas yang nak dibakar. bakar selama 10 min. sejukkan

cheese:
putar creamcheese sampai lembut. masukkan gula. tapi aku dah gantikan gula tu dengan krim oreo yang aku asingkan tadi. kalau kau rasa tak cukup manis.. tambah sikit gula. putar. masukkan telor. putar. masukkan sour cream.. tp malam tadi umah aku tak de sour cream.. dan aku malas nak ke kedai.. aku guna je greek yogurt yang ada dlm fridge.. hahaha.. ok then putar lagi. last skali jangan lupa essen vanilla dan putar. oleh kerana ini cheese cake oreo.. maka 1/2 paket oreo yg dibuang krim.. di ketuk2.. masukkn dalam adunan. gaul rata. dan sebab aku ni jenis derhaka.. aku masukkan sesudu kecil jus lemon.. kihkihkih

bile base yang kau masak tadi dah sejuk.. masukkn cheese ni pula.. bakar selama 40 min pada suhu 180 darjah celcius.. bakar dengan cara meletakkn air ke dalam dulang pembakar ya.. maksudnya.. tray yg kau letakkn bekas cake kau tu.. di letakkn air di kelilingnya.. phm?

selamat mencuba ok!

ini ialah hasil nya.. gambar sikit tak semenggah sebab aku ni bukan photographer.. aku owner kepada kamera mahal je..

Friday, 24 January 2014

pumpkin pie

lama pulak rasanya tak menghupdate resepi masakan.. kalau dah lama tak menghupdate resepi maksudnya tak memasaklah ya..

resepi rahsia hari ni ialah pumpkin pie.. haaa.. mimpi siang hari ke kena sampuk ni? ribut takde.. taufan takde.. tiba2 masak pumpkin pie kau..

simple je caranya.. 

1. dah nama pun pumpkin pie kan.. kena la ada labunya.. labu saiz sederhana sebijik.. 

labu ni belah dua.. buang bijiknya.. cuci bersih dan di steam kan.. bile dah empuk isinya.. sejukkan..

dah sejuk.. korek isinya.. kulit dibuang..

2. buat pie crust.. 

2 cawan tepung gandum
secubit garam
2 sudu makan gula
3 100g butter (jgn lembikkan butter.. butter kena sejuk beku)

campur semua bahan.. tapi tepung tu guna secawan dulu.. masukkan dlm food processor.. guna blender kering tu pun ok.. lps dah blend semua.. masukkan dlm bekas dan masukkan tepung yg secawan lagi sikit demi sikit smp adunan tak melekat di tgn lagi.. pastu simpan dlm fridge selama sejam..

3. pie filling..

2 cawan pumpkin yg dikorek isinya tadi
1/2 cawan gula merah
1/3 cawan gula putih
1 sudu teh mixed spice
2 biji telor
1/2 sudu teh garam
12oz evaporated milk

campurkan gula telur garam mixed spice.. pukul guna whisk saje.. masukkan pumpkin.. kacau dengan whisk tu.. last skali baru masukkan evaporated milk tu.. kacau sampai bergaul semua..

4. keluarkan pie crust yg dibuat tadi.. letak dalam bekas.. ikut suka la nak nipis ke tebal ke dia punya crust.. lps tu.. masukkan pie filling tadi.. bakar la smp masak.. setiap orang oven lain2 kan.. maka guna la imaginasi kau nak bakar pakai suhu apa..



nilah hasil yang tak seberapa tu.. sbb kan aku ada mold cheese tart tu.. jadi aku guna je lah mold tu.. (yang sebenarnya aku takde loyang aluminium.. hehe)

btw.. kalau korang tak suka manis.. blh kurangkan lagi gula tu.. aku pun tak suka manis.. tp ni mmg just nice je.. kot la nak lagi tawar.. silakan.. ikut sedap tekak masing2..

ok.. selamat mencuba.. next resepi aku nak buat apple pie pulak lah.. ehh..

Wednesday, 6 November 2013

kek batik

ha! bile rajin menulis.. setiap jam ada je benda nak dituliskan.. kalau dah smp tahap malas tu.. bersawang tempat ni..

semalam aku buat kek batik.. kek batik je pun.. tidak la gah sangat.. tak gah pun.. ni la first time aku buat dan jadi.. dulu pernah buat jugak tapi tak jadi..

btw.. time kasih cik google sebab bagi aku peluang berbangga dengan hasil kali ni.. aku google resipi ni.. tp buat sikit adjustment..

orang kata budak sekolah pun tau buat kek batik.. kata orang la sangat.. hakikat.. aku baru je tau.. 

resipi ini telah aku adjust mengikut kesesuain bahan-bahan yang ada dalam fridge aku..

1. butter - aku telah guna unsalted butter.. pasal tu je yang ada dlm fridge aku..
2. sus pekat - yang ni aku beli.. bukan dari fridge aku.. masukkn sikit je.. bukan setin ya.. agak-agak sendiri la nak manis banyak mana..
3. milo - oleh sebab dan kerana aku takde milo.. maka aku telah tukar kan kepada chocolate powder.. 

mix all the ingredients.. letak atas api dapur yang maha perlahan sebab kau kena kacau ingredients tu smp boil sikit.. api perlahan sebab takut hangit..


kemudian.. bile dah boil kecik.. kau gaulkan dengan biskut meri yang dah di patah-patahkan.. ikut suka kau la nak patahkan macamana..

kemudian masukkan dalam bekas.. tak kisah la loyang ke.. mangkuk ke.. ikut suka kau la..

sesudah itu.. tekan-tekan sikit.. kemudian chill kan dalam peti ais.. bile dah sejuk.. boleh la di makan..


nota: rupa tu sikit tak semenggah.. tapi rasa sedap la jugak.. 

owh.. semalam tgk talk show bella ntv7.. pastu ada celebrity jemputan.. chef dari obersi.. chef tu kata.. gunakan bahan-bahan yang mahal.. kalau rupanya tak cantik.. kurang-kurang it taste good..

tepat sangat!



Tuesday, 5 November 2013

hello fat!

salam maal hijrah everyone.. 

selalunya aku post gambar makanan ala-ala diet dan rendah kalori gitu kan.. but not today..

eh.. aku ni bukan nya hari-hari diet ya.. kebanyakan harinya aku mkn makanan berkalori tinggi.. hehehe

hari ni hari cuti.. tahap kemalasan memang melampau.. maka.. geledah fridge tengok apa makanan berkalori tinggi yang blh di masak.. nak keluar beli makanan mcm malas melampau..

tahap kemalasan tu smp.. nak mandi pun malas.. psstt.. jangan bagitau orang lain yang aku belum mandi lagi.. sampai la saat entry ini di tulis.. kihkihkih..

ha.. hari ni aku masak makanan simple je.. ikan bilis goreng + kentang + bawang + cili dan telur dadar.. makan dengan nasik panas-panas.. letak kicap.. pergh!! heaven on earth kau!!


korang makan apa hari cuti ni??

Wednesday, 14 August 2013

Caramel Pudding

selera orang puasa ni kadang-kadang boleh mengalahkan rasaksa yang tak makan bertahun.. 

owh semalam i puasa uols.. bukan puasa 6.. tapi puasa ganti.. masa bulan ramadhan seronok aku tak puasa 8 hari.. lepas ramadhan tak reti-reti lagi.. hazab mengganti..

semalam i masak caramel pudding.. ntah mimpi apa.. i pun menalipon la talian hayat ku.. siapa lagi kalau bukan kak long.. mintak resepi.. resepi kak long mudah saje.. bak kata mama.. sambil tido pun boleh buat ya..

bahan-bahannya ialah:

2 cawan fresh milk
4 biji telor
1 cawan gula (bahagikan kpd 2 bahagian ya)
satu sudu essen vanilla

mula-mula masak gula hangus dulu..

caranya mudah saje.. gula yang dah dibahagi dua tu.. sebahagiannya buat gula hangus.. masukkan gula dalam periuk kecil.. letakkan atas api yg maha perlahan..


kacau bila perlu saje ya.. masak sampai gula kekuningan warnanya.. jangan pekat sangat nanti pahit.. nama pun gula hangus uols..

lepas tu.. cepat-cepat masukkan gula tersebut dalam bekas.. ratakan.. gula akan mengeras ya.. jd korang jgn terkejut pulak gula tu tetiba keras kejung..


habis part gula.. sekarang nak masuk part pudingnya pulak..

campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk.. korang ada pilihan sama ada nak blend atau pukul..


aku memilih untuk putar kan bahan tersebut.. rugi la kan tak memakai mixer yang aku beli dulu..


ha.. beginilah ropenya.. sebab aku over.. excited owh nak guna mixer.. aku putar sampai dia berbuih dengan banyak.. hehehe

ok kemudian.. masukkan bahan-bahan tu ke dalam bekas yang dah di masukkan gula hangus tadi..


kemudian tutup ya bekas tu.. nak mengelakkan dari pudding korang tu ibarat kawah bulan gitu.. di kukus selama 30 minit.. tapi sebab aku was-was.. aku kukus selama 40 minit..

dan inilah hasilnya..


ha! nampak tak betapa licinnya puding aku?? biasanya orang masak dalam bekas aluminium pastu terbalikkan.. baru nampak cekelat2 gitu.. pastu potong cun-cun..

dah umah aku hardware sangat limited.. guna apa yang ada je lah..

bila dah di potong.. inilah hasilnya..


rupa memang hodoh la.. sebab aku tak potong dan angkat puding tu sesuka hati aku.. 

lepas ni aku nak masuk pertandingan masterchef.. tiba-tiba rajin memasak bagai kan.. ni dah kategori buang tabiat.. 

argh! sebelum lupa.. aku nak reveal satu perkara.. umah aku tiada piuk kukus ya.. ya.. TIADA!! nak tau macam mana aku kukus?

tadaaaaaa!!!


masak air dalam piuk.. letak besi yg orang letak piuk panas tu atasnya dan tutup dengan kuali..

gilak! aku kreatip oooooo!!!









Tuesday, 30 July 2013

PekPen

hello ladies and gents..

hari ni i share dengan uols resepi nak buat PekPen.. mesti uols herang kang.. apa kebenda la itu..

PekPen ialah:

Pek = peknga atau lempeng atau tempek.. tiap negeri panggilnya lain2.. orang utara (as in yg betul2 utara) memanggilnya dengan nama peknga..

Pen = non-stick pan yg size kecil yg biasa buat goreng telur mata itu..

sebab nak nampak kemersial jadilah PekPen..

ok resepinya mudah saje..

1. tepung gandum
2. kelapa secukupnya
3. garam secukup rasa
4. air

campurkan semua bahan..


masukkan air..


dan kacau smp sebati..

panaskan non-stick pan.. dan masukkan lebih kurang sesudu atau dua sudu adunan ke dalam pan.. nak nipis dan garing sesudu.. nak tebal sikit sesudu setengah.. gunakan api yg sgt perlahan utk elakkan hangit ya..


tada!!! inilah hasilnya.. selamat mencuba..

owh lupa nak bgtau.. boleh dimakan begitu saje atau makan dengan kuah sardin kalau takde kuah kari..


Wednesday, 24 July 2013

bubur sweet potato..

hey ya!

hari ni ntah ribut taufan mana dtg.. aku terlebih hormon rajin pulak.. masak bubur sweet potato uols!! first time ni.. nasib baik jadi okeh.. kalau tak mmg ke tong sampah la jwbnya..

resipinya adalah seperti berikut.. (aku bajet masakan ni special sgt smp korang tak tau masak.. kuikuikui.. padahal.. korang lg pro kan..)

1. sweet potato yang di potong kiub kecil
2. gula putih atau perang
3. biji sagu
4. santan pekat

mula-mula skali.. rebus sweet potato sampai empok.. pastikn air sikit je.. kalau air dah terbnyk.. buang saje air rebusan tu.. tinggalkn sikit saje..

kemudian.. bile dah empok masukkn gula.. then masukkn santan.. dah mendidih santan masukkn biji sagu.. kacau sentiasa utk elakkn dr rupa yg mcm berketul tu.. apatah namanya..

kalau dlm rumah korang ada daun pandan.. masukkn la daun tu.. supaya wangi.. rumah i tiada daun tu.. maka tak masuk la.. hehe..

ok.. bile biji sagu dah kembang maknanya dah siap.. sedia utk di mkn.. 


Tuesday, 23 July 2013

pasta goreng paling tak sedap di dunia..

sejak kebelakangan ni begitu banyak posting aku yang berlabelkan book's review.. mmg itulah yang aku buat.. membaca buku smp lupa semua.. hehehe

ada sekotak lagi buku untuk si baca.. so.. mgkn akan ada lebih banyak lagi entry dalam label tu.. heheh kalau terbaca la.. kalau mood membaca tak datang jangan harap nak membaca..

ok.. but tonite.. im not going to talk about book.. entry ni nak citer pasal makan malam.. 

sejak bulan ramadhan ni.. tiap kali makan saje aku akan rasa nak muntah.. mgkn sbb overloaded with food.. so i decided not to take any solid food for break fasting.. cukup dengan minum air dan makan kurma..

after 10pm baru makan solid food.. aku kan tak sahur.. so.. kena la jugak makan sikit.. sahur aku hanyalah minum air kosong ya..

so.. inilah hasil masakan aku mlm ini.. pasta goreng hentam saje.. 

 
tengok rupa pun dah tau tak sedap kan.. memang tak sedap pun.. im suck with cooking.. hehehe

to sbb malas nak berusaha utk keluar dan membeli makanan maka redha je lah dengan pasta goreng tak sedap ni..

thank you Allah..

Saturday, 8 June 2013

grill salmon with lemon and vege

dinner yang senang mudah dan menyihatkan..

ikan salmon tu dicuci bersih2 kemudian letakkn sikit black pepper dan sikit garam di atasnya saje.. bawahnya tak perlu lagi..


panaskan frying pan.. letak butter sikit.. kemudian letakkan ikan dalam pan.. tutup frying pan supaya wap panas tak terkeluar.. bile dah agak garing.. terbalikkan ikan dan letak black pepper di atasnya.. bile dah masak angkat la ikan tu..


sambil2 menunggu ikan masak.. potong la sayur apa yang korang suka.. aku suka kacang buncis, broccolli dan cauliflower.. 

sementara memotong sayur.. rebus air dalam periuk.. bile air dah mendidih.. matikan api dan masukkan sayur yang dipotong itu.. biarkan selama setengah minit dan kemudian toskan.. untuk pastikan sayur kekal hijau.. angkat2 je sayur tu terus masukkan dlm air sejuk.. nescaya sayur korang tak lebam..


jangan lupa lemon utk menambah perisa.. 

Friday, 31 May 2013

Pasta versi cik Net

bahan-bahan untuk membuat pasta:-

1. tomato
2. salt
3. black pepper
4. mushroom
5. frankfurter
6. red onion & garlic
7. pasta
8. olive oil

semua bahan-bahan tersebut adalah bahan asas... ikut suka korang la nak bubuh banyak mana ok... bak kata orang... ikut suka hati...

rebuskan air utk mencelur tomato... bile air dah mendidih.. padamkan api dan masukkan tomato tadi... biarkan selama seminit... kemudian kupas kulitnya... lepas tu masukkan sikit olive oil... letak la atas dapur... jangan lupa tutup periuk tu...

cincang semua bawang... potong frankfurter ikut suka... kalau tak nak masukkan frankfurter... masukkan kan la daging ke... ayam ke... apa saje lah yang korang suka...

kemudian masukkan garam dan black pepper ikut suka korang jugak...

masak sampai masak la...

jangan lupa rebus pasta ya... masukkan jugak sikit minyak supaya tak melekat2...

sebenarnya uols... i tak masukkan oregano... sbb oregano mahal... hahaha... kalau nak sedap lagi... tambahkan sikit oregano... tak de pun tak pe... sedap je...
tomato yang dah dikupas kulitnya

masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah di cincang

jangan lupa franfurter

dan juga mushroom

rebus pasta anda

inilah hasilnya.

Wednesday, 17 April 2013

homemade nugget

hari ni i masak homemade nugget.. nugget je uols..

bahan-bahan yang di perlukan..

minced chicken
corriender sikit
black pepper
flour sikit
salt
white egg
bread crump

campurkan semua bahan2 itu kecuali bread crump ye.. gaul hingga rata..

lepas tu.. amik sikit2 mcm buat cekodok tu.. pastu salut dengan bread crump..

panaskan minyak dan goreng.. senang tak?





Friday, 29 March 2013

bruschetta versi cik kenet..

bahan-bahan yang di perlukan:
1 bijik tomato
lettuce pelbagai perisa
setengah bijik lemon
french loaf
black pepper
salt
butter

mula2 skali uols didihkan air.. lepas air mendidih tutup apinya dan masukkan tomato.. agak2 dlm 1 minit toskan..

sementara nak tunggu tomato sejuk.. potong salad pelbagai perisa ikut suka..

kemudian peel off kulit tomato buang isi dalamnya.. potong ikut suka..

perahkan lemon.. tabur garam dan black pepper secukup rasa..

gaulkan ia..

french loaf td dipotong ikut suka hati.. sapu butter atas nya dan bakar.. nak bakar atas kuali boleh atau bakar guna oven atau toaster..

dah siap di bakar.. letak tomato dan syuran td atasnya..

that all.. sila makan sementara masih panas!

senang kan?







Friday, 22 March 2013

bread pudding with custard sauce

resipi rahsia...

marjerin/butter
roti secukup rasa
susu kotak secukupnya
kismis ikut suka nak tabur brape banya pun
telur 2 biji
gula 4 sudu
essence vanilla 1 sudu teh
tepung custard 1 sudu


mula-mula skali apa yang korang perlu buat...

1.  sapu marjerin/butter pada bekas...
2.  koyak2 kan roti tu... masukkan dalam bekas...
3.  tabur kismis ikut suka korang... nak banyak ke sikit ke... terserah...
4.  tuang susu dalam bekas yang telah diisi dengan roti dan kismis tadi... make sure roti tenggelam okeh..


5.  pecahkan telur dan masukkan gula dan essence vanilla (gaul dlm bekas asing yer)
6.  kemudian tuang dalam bekas berisi roti, kismis dan susu tadi... (aku guna brown sugar... pasal tu korang nmpk warna cekelat tu... kalau pakai white sugar tak nmpk la warna cekelat tu yer...)
7.  kalau korang tak confident yang ia akan bercampur... (aku la tu)... cucuk2 dengan garfu konon nak bagi bercampur...



8.  masukkan dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 30 minit... tapi memandangkan aku tak pandai nak operate oven sendiri... aku hentam je... asal jadi... aku bakar smp sejam sebab 45minit pertama aku nmpk bahan2 masih cair...
9.  korang jangan terpedaya dengan kekembangan yang berlaku... puding ni dia akan penyek akhirnya... time panas.... fuhh!! nmpk kembang sgt...


untuk membuat sos nya pula... kalau korang suka makan dengan sosnya la...

1.  tepung custard campur dengan lebihan susu yang tadi tu...
2.  kacau dengan api kecil atas kuali smp pekat...


inilah hasilnya... bawak ke opis... habis di makan... aku paksa mereka makan...

ok ada sesapa nak order?

Monday, 9 August 2010

scotch egg a.k.a telor adun

scotch egg versi net...


the ingredients:- hard boil egg... minced meat... corriender leaf (tp smlm corriender leaf tak jumpa so i change to daun sup)... black pepper... and salt....

gaul smp sebati la konon... add yolk... kalau tak letak yolk... nnt dia pecah while goreng...

balut telor tu dengan daging yang di gaul td smp jd mcm telor dinosor... :)

bread crump...

flour... guna supaya daging td tak melekat ke tangan...

celup telor dinosor td ke dalam white egg... and roll into bread crump smp penuh...

las but not least... deep fried...
senang kannn...