Showing posts with label isu bukan politik. Show all posts
Showing posts with label isu bukan politik. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

jom sokong barangan buatan orang Islam..

petang-petang yang mendung ni... sedap betul kalau dapat makan nasik panas-panas... dengan sardin dan juga telor dadar dan kicap... heaven ohhh!!!

dok membelek-belek FB tadi... terpandang terjumpa pulak page 'Belilah Barangan Buatan Orang Islam'... sukacita jugak aku nak berkongsi dengan korang antara senarai barangan buatan orang Islam...

sebelum itu.. kiter senaraikan dulu kedai milik orang Islam..
1. Tesco
2. Kedai Rakyat 1Malaysia
3. Mydin
4. MyMart
5. MPH Bookstore


okeh... sekarang mari kiter tengok pula senarai barangan buatan orang Islam..

1. Roti - Gardenia
2. Minyak Masak - Saji/Alif/Tiara/Adela
3. Gula - CSR/Cap Krystal
4. Kordial - Sunquick/Jalen
5. Garam - Faiza/Halagel
6. Susu Pekat - Saji/Alif
7. Sardin - Adabi/Agromas
8. Beras - Bernas/Faiza/Jasmine
9. Tepung - Faiza/HPA/Cap Bidara
10. Marjerin - Pelangi/Sunbear
11. Rempah Ratus - Adabi/Brahim's/Agromas
12. Kicap - Kipas Udang/Jalen/ Faiza
13. Sos - Pelangi/Jalen/Bumi Hijau
14. Mayonis - Saji Mayo
15. Frozen Food - Ramly/1901/HPA/Barangan Beku Az-Zain
16. Makanan Ringan - Agromas

kalau korang nampak yang cap Faiza ke Jalen tu maksudnya barangan buatan orang Islam la tu ya... tak mampu la pulak aku nak senaraikan semuanya....

kalau senarai ni salah... maka site yang aku tengok tu lah yang salah pasal aku kopipes saje infonya...

ok target malam ni adakah memasak sadin dan telor dadar?

Thursday, 9 May 2013

keperluan dan kehendak

pelajaran hari ini ialah konsep keperluan dan kehendak..

keperluan dalam bahasa pasar ialah sesuatu yang kiter perlukan utk meneruskan kehidupan kita..

manakala.. kehendak pula ialah sesuatu yang kite nak.. macam kite teringin sesuatu tu.. tapi kalau tak dapat pun kite boleh hidup lagi.. tak mati pun..

ok.. aku bagi contoh mudah.. yang dimulai dengan perkara asas untuk hidup di kota raya sekarang ni ya.. (aku tak pernah tinggal di kampung ya..)

kita mula kan dengan rumah.. rumah ialah keperluan.. tempat untuk berteduh.. tempat untuk berlindung dari hujan dan panas dan sebagainya..

bile dikatakan keperluan.. maka kalau kemampuan kite ialah tinggal di flat kos rendah dan ianya berfungsi sebagai tempat kiter berteduh dan sebagainya.. makanya.. ia telah dipenuhi..

tapi sebaliknya.. kalau ko mengidam nak duduk rumah banglo 4 tingkat siap swimming pool bagai.. tu dah kehendak.. paham?

kereta pulak.. macam yang aku cakap semalam.. kalau keperluan kau ialah kereta.. dan ko mampu nak beli keta second hand atau viva saje.. maka.. keperluan kau dah dipenuhi..

tapi kalau ko nak pakai bmw ke.. merc ke.. dan ko mampu pakai.. ok lah.. tu.. tp kalau ko dah tak mampu nak beli.. tu namanya kehendak ya..

lagi apa? ha! pakaian.. pakaian ialah keperluan.. tapi bile ko nak membeli yang mahal-mahal dan berjenama.. tapi tak mampu.. tu dah nama kehendak..

kemudahan asas.. pun keperluan jugak.. tapi kalau dah ko nak yang hospital swasta.. sekolah swasta.. tu dah namanya kehendak..

ok.. sekarang korang dah paham ke belum keperluan dan kehendak ni?

aku harap dengan penerangan aku yang serba cincai ni.. korang dapat paham serba sedikit tentang apa yang aku nak sampaikan..

yalah.. belajar pun bukan tinggi mana.. tu pun cukup2 makan je kan.. ilmu yang bermanfaat dan sikit tu.. kiter sebarkanlah.. tak gitu?

untuk penerangan yang lebih jelas dan lanjut.. google la teori maslow..

Wednesday, 8 May 2013

PRU 13 (cont)

seawal jam 750 pagi aku dah keluar rumah nak menunaikan tanggungjawab aku kepada negara Malaysia ini.. korang kata apa pun.. aku dah pangkah apa yang aku nak pangkah..

dan sedari awal pagi.. ramai jugak yang post gambar jari bercalit.. tahniah kerana anda sudah menjalankan tanggungjawab anda juga..

dan sedari awal pagi jugak ramai fb warrior yang share video pengundi2 hantu.. kau tuduh orang tu.. orang tu tudah kau.. siapa yang sebenarnya buat hal sedemikian? wallahualam.. hanya orang yang buat saje yang tahu..

makanya.. jangan korang nak buat dosa kering aje kalau tak tau apa2.. dengan tuduh sana sini.. elok2 jadi kawan.. kerana politik jadi lawan.. tak bagus mcm tu..

owh lupa nak bagitau.. lepas aku mengundi pagi tadi.. aku p menyibuk di kawasan undi.. kot2 la jumpa mana2 bangla yang mengundi.. tapi malang nya.. tak de la pulak..

ok.. selamat mengundi dan ingat.. hormatilah apa jua keputusan yang akan kiter terima nanti..

aku.. hanya mampu mendoakan yang terbaik utk malaysia tanahair ku.. tanahair yang aku sayangi.. dulu kini dan selamanya...

Tuesday, 7 May 2013

racist ke aku?

hari ni headline utusan malaysia 'apa lagi cina mau?'.. gempar satu malaysia... semua orang cakap utusan racist... dan penuh la posting2 di FB pasal perkauman... jangan bangkit kan perkauman dan sebagainya..

soalan aku pada korang... pernah ke korang baca newspaper yang tulis cina? korang tau ke tulis cina tu apa? aku yakin... bangsa aku ramai yang tak tau... sebab kiter semua sekolah melayu dan tak pernah belajar tulis cina...

soalan itu jugalah yang aku utarakan pada kawan aku yang suruh aku bukak utusan online pagi ni...

aku terbaca dalam fb yang PM kata pasal 'how about the chinese newspaper?' ya aku sokong PM aku...

nota: nak menulis entry ni... adalah susah buat aku...

Monday, 6 May 2013

analisa politik dari kaca mata aku..

berakhirlah sudah demam PRU13.. yang menang.. tahniah diucapkan.. dan yang kalah.. cuba lagi..

pada sesiapa yang partinya kalah.. atau calonnya kalah.. your choice is 1 in the 13 millions.. orang lain pun ada hak kan.. maka jangan lah nak buat status merapu di fb yg mcm kamu lah 13 juta yang mengundi tu..

pada yang menang teruskan berkerja kerana anda adalah calon yang kami rasakan layak untuk mentadbir negeri/negara yang kami cintai ini..

dan dari kacamata aku.. bkn seorang ahli politik.. atau pengkritik yang mampu mengkritik dengan baik.. aku perlu melakukan sesuatu untuk bangsa aku sendiri.. tapi apa yang dapat aku buat?

owh.. aku lupa.. kamu bangsa ku perlu menonton Destini Anak Bangsa...

Sunday, 5 May 2013

Saturday, 4 May 2013

makan malam.. mi segera

ya.. kerana mak sibuk berkempen.. aku? duduk depan tiwi mengadap tiwi.. tp tangan memegang fon sedari tadi..

bile mak masak mi segera.. aku menyibuk sama.. aku tak complaint.. sbb aku malas tahap dewata..

dari kacamata aku..

esok bersamaan dengan 5 Mei 2013.. rakyat Malaysia akan keluar mengundi.. sepanjang tempoh berkempen.. sungguh byk tohmahan yang aku dengar dari pelbagai pihak..

ada yang kata dia dah lama mengundi tp this year nama dia hilang la.. ada bangla beramai2 masuk malaysia sebab di bawa oleh umno utk undi bn la.. ada yang kata roadblock merata2 sbb tak bg balik kg la.. mcm2!!

hakikatnya.. tak satu pun dapat buktikan kepada aku yang semua itu benar2 belaku.. esok akan menjadi kali ke 3 aku akan keluar mengundi.. dan aku telah cek bahawasanya aku akan mengundi di tempat yang sama..

kebanjiran bangla di malaysia tu mmg dah lama.. korang tak sedar ke? tapi bas yang berkoyan2 itu.. airport tu di mana? mcm bkn di sabah.. owh ya.. suka aku nak bgtau di sini.. aku pernah ke sabah beberapa kali tahun lepas..

aku pernah nampak polis menahan penyokong bebas yang mengibarkan bendera dari kereta di highway.. kerana aku fikir.. perbuatan demikian membahayakan.. apa akan berlaku jika bendera tersebut terlepas? tidakkah akan membahayakan keselamatan org lain?

kite bebas untuk memangkah sesiapa saje yang kiter suka.. sebelum memagkah.. pilih lah.. dan pastikan kiter tak menyesal.. kerana 'what if' itu takkan mengubah apa2..

dan kite juga jagan lupa yang dalam dunia ni ada concept 'its too late'..