Showing posts with label book's review. Show all posts
Showing posts with label book's review. Show all posts

Wednesday, 3 February 2016

Bimbo

2 hari membaca satu naskah yang entah.. tak tau nak side sape.. nak side El atau nak side Dani.. El yang awalnya macam gangster.. dan Dani dengab cara Dani yang cool dan kadang tak tau nak describe.. mmg macam tu kot cara laki berpikir..

seriously.. kalau aku di tempat El.. tak tau nak react macamana bile Dani buat endah tak endah.. bila Dani tiba-tiba berubah.. mungkin aku rasa aku dah kawin dengan orang yang salah.. mungkin aku dah lari balik Malaysia.. ya lah.. aku kan heartless..

dengan naskah ni jugak aku tau apa itu Bell's Palsy.. tak tau pun penyakit tu wujud.. 

buku ketiga milik Rin Ahmad yang aku baca.. gaya bahasa yang sangat santai.. and straight to the point.. takde flowery flowery.. walaupun ada part conversation dalam bahasa omputih yang aku tak paham.. 

Rin Ahmad.. u r my cup of tea.. and i hope u will always be..



Sunday, 5 July 2015

Duda Terlajak Laris

fuhh.. dah agak lama jugak la aku tak buat review buku.. antara sebabnya.. takde buku yang best pada pendapat aku.. yang hado semuanya suam-suam je..

so.. book's review untuk entry yang julung-julung kali ini ialah Duda Terlajak Laris.. cerita yang lain dari lain..

watak utama: Zack dan Pehah/Inas

Zack yang kena frame dengan Pehah tak dapat nak terima hakikat kena kawin dengan Pehah.. mana taknya baru berumur 18 tahun kot.. tak memasal dah kena jadi laki orang..

yang si Pehah ni.. selenga boleh tahan gak la.. nak frame orang lain terframe orang lain.. pastu tak mengaku salah pulak tu.. last-last menikah la dua-dua orang tu..

zack yang tak dpt terima kenyataan larikan diri sampai Aussie.. pastu balik semula ke Malaysia masa kematian toknya dan ceraikan si Pehah..

masa berlalu zack terjumpa balik si Pehah tu.. tp masa tu Pehah tu dah lain.. tak macam si Pehah jandanya.. nama pun dah jadi Inas..

ehh.. korang bacalah sendiri.. yang pasti mmg aku rekemen buku ni untuk korang baca..

kalau buku ni di dramakan.. aku tak dapat nak agak sape yang boleh jadi Zack.. tp nad zainal boleh jadi Pehah


Sunday, 20 July 2014

Rindu Awak 200%

kegilaan drama melayu novel diteruskan lagi..

awalnya tak ambik port pun dengan cerita ni.. sekali bile keluar teaser di tiwi.. eh.. mcm best la pulak..

lantas.. lepas tengok teaser.. terus ke kedai buku mencari bukunya.. fuhh!! nasib baik masih sempat memiliki.. kalau tak.. perasaan tak puas hati pasti menular..

pada pendapat akulah.. tajuk dan ceritanya.. boleh la dikatakan mcam tak berkaitan.. eh memandai-mandai je aku kan.. diulang sekali lagi.. ini hanyalah pendapat peribadi aku..

secara keseluruhan.. cerita ni best sebab watak zill yang super cool dalam menangani si mel yang super duper mereng..

akhirnya haruslah si zill dan mell bersatu.. tu memang dah tau.. kalau tak bersatu mau kena bakar buku tu nanti..

bila zul ariffin pulak yang bawak watak zill tu.. iskk.. tak tau nak cakap lah.. rasa mcm nak pengsan.. hahaha

aku bukanlah peminat zul ariffin.. jarang aku tengok dia berlakon pun.. tp watak zill yang dia bawak ni buat aku rasa.. ohemmgeeeee!! perlu pengsan sekarang ke atau perlu pengsan lepas abis drama ni??

si pembawa watak mel tu pelakon baru kot.. entah! tak pasti.. walaupun aku peminat drama melayu tegar.. namun tak pernah pulak aku nmpk dia berlakon..

apa pun.. si pembawa watak azad tu (nama sebenar tak diketahui) dah banyak improve dalam lakonan.. aku masih igt dia belakon jadi abang kay dalam sehangat asmara.. gila bapak kayu.. sekarang dah tak kayu sangat..

kesimpulannya.. aku beli buku tu sebab zul ariffin bawak watak zill faezrul saje.. itulah kenyataannya..



Thursday, 29 May 2014

teman lelaki upahan

pernah tak korang baca novel dalam masa tak lebih dari 24 jam?

pernah tak korang baca novel sampai tinggal kan semua benda.. termasuk semua socialise.. makan.. minum.. mandi.. ? (ok please.. solat jangan tinggal!)

pernah tak korang baca novel sampai bengkak mata? dan esok orang heran dah kenapa mata kau bengkak??

dah lama berbulan jugak aku tak membeli novel.. dengan alasan novel sekotak belum baca.. 

lagipun.. habit telah ditukar.. hanya baca novel masa pagi dari jam 7.30am - 7.50am saje..

teman lelaki upahan.. by azura rasiddin.. tahniah! anda buat saya gila.. anda buat saya lupakan dunia dan masuk ke dalam buku anda.. masuk dalam dunia bayangan anda..

saya suka watak-watak ciptaan anda.. saya suka lydia.. saya suka el..

kalau buku ini di dramakan.. saya suka kalau nabila jadi lydia.. tapi saya tak jumpa el.. mgkn si romi (nama sebenar tidak diketahui.. hanya kenal dia sebagai romi dalam cerita romi cinta julia)

ok.. aku ringkaskan ceritanya.. 

lydia seorang gadis yang sombong, angkuh belagak.. u name it! semua perangai buruk ada pada lydia..

el.. lelaki yang low profile.. asalnya teman lelaki upahan lydia.. akhirnya cuba utk memulihkan keadaan.. menolong lydia.. 

ok.. for sure kemudian conflict.. pastu sure korang blh tahu apa ending dia kan..

dah banyak novel melayu yang aku baca.. aku dapat agak endingnya.. tapi kenapa aku baca jugak?

sebab jalan ceritanya.. jalan cerita yang kau tak dapat nak lepaskan.. yang kau rasa kau tak blh nak miss walaupun satu perkataan.. kau nak tau apa jadi lepas tu.. drama tak aku? hehehe..


Sunday, 15 September 2013

13 Jam A380

nampak saje keluaran nama evelyn rose.. terus tak pikir panjang.. beli saje.. tak pikir isi kandungan.. tak pikir jalan cerita.. tak pikir tajuk..

13 Jam A380 kisah hana, haydar, fawwaz, emmel, dan beberapa subplot dari the wedding breaker turut berada di dalamnya..

sekali lagi evelyn rose membawa aku ke realiti.. realiti yang terpalit ke muka sendiri..

jalan cerita yang awalnya berkisarkan perlajanan hana dan haydar.. 13 jam dalam perjalanan menuju destinasi masing-masing..

kemudiannya perjalanan hidup hana, fawwaz dan emel... dan kembali kepada hana dan haydar.. 

balik dari kuantan dapat parcel yang aku tunggu-tunggu.. buka dan baca.. tak perlu tunggu.. siap di baca dalam masa 24 jam..

mampu saje nak menyelak ke helaian terakhir tatkala hati hana diguris dengan apa yang dia nampak.. dan dengan yakin merasakan hana tetap milik haydar.. tapi bersabar.. 

mampu saje nak menyelak ke helaian terakhir tatkala merasakan helena ialah emak kepada emmel.. tapi bersabar..

sebab nak tau apa yang jadi pada fawwaz.. apa yang haydar buat utk dapatkan hana..

bingo! tepat telahan aku.. hana dan haydar semestinya.. emmel anak kepada helena..

cuma bab fawwaz tu tak terjangka..

basically bukunya bagus juga.. walaupun terdapat beberapa kesilapan kecil seperti dari segi bahasa inggerisnya serta kesilapan perkataan bahasa melayunya..

orang yang proof read naskah ini.. mungkin anda perlu membacanya sekali lagi.. untuk mengelakkan kecacatan pada naskah yang hebat ini.. 

kalau nak baca teaser buku ini.. anda boleh dapatinya disini.. www.fairytalesfromevelyn.blogspot.com

Tuesday, 23 July 2013

5 tahun 5 bulan

Hlovate memang tak menggagalkan aku.. walaupun aku rasa terdapat persamaan antara aA + bB dan 5 tahun 5 bulan.. 

5 tahun 5 bulan mengisahkan hidup seorang perempuan bernama Johanna.. Johanna mencari dirinya.. dari seorang gadis kepada seorang ibu.. ditemani plot2 lain yang membantu Johanna..

Tak payah kot aku nak menghuraikan panjang-panjang sinopsisnya.. Google saje.. nnt keluar la segala mcm review..

naskah-naskah hlovate akan aku letakkan sebagai bahan wajib ulang..

Sunday, 21 July 2013

adamaryam

pembacaan yang tak dapat diteruskan noktah


Saturday, 20 July 2013

tunas

setelah mengoder atas talian di Jemari Seni pada hari Selasa.. akhir semalam sampai jua buku yang aku nantikan.. 

mengikut hlovate tunas di tulis semasa dia di tingkatan 3.. sebelum terbitnya aA+bB beliau telah terlebih dulu menulis tunas a.k.a Great Troublemaker punya kisah.. pergh! form 3 dah buat buku.. heh!

kalau korang peminat hlovate korang pasti tau kisah addin dan benz kan.. ya! tunas adalah kisah bagaimana terjadinya perang di antara Head Girl dan Taiko..

tunas.. mengingatkan aku kehidupan di asrama.. aku juga produk sekolah asrama.. bezanya sekolah aku bukan sekolah anak orang2 kaya.. hehehe

kisah addin dan benz memang legend.. suka tapi masing-masing ego.. zaman sekolah mana boleh cintan cintun kan.. hehe..

dan yang paling romantika de amor nya ketika benz dedicate lagu kepada addin..
'special dedication to my date.. our Head Girl' .. wah!! tiba2 aku yang excited..

tunas dan aA + bB adalah antara naskah yang aku letak sebagai naskah wajib baca bnyk kali.. serious!

Tuesday, 16 July 2013

aA + bB

another letak ambik letak ambik belek belek novel.. after half an hour perang dengan diri sendiri.. baca review segala.. thats it! oklah its only rm20 minus rm5 book's voucher from mph.. its only rm15.. kalau regret beli pun its ok.. dapat tax exemption..

first impression.. kejadah apakah tajuknya begini?? baca sinopsis.. weird.. apa kaitan tajuk n cerita ni..

first page.. to the last page.. gosh!! gile!! macamana si penulis boleh pikir mcm ni? addin dan benz.. dua-dua egomaniac.. keras kepala dan suka buat assumption sendiri..

aku mampu je nak skip-skip bile aku tergerak hati ingat yang aie tu ialah benz.. tapi aku tak buat mcm tu.. aku dengan gigih dan tabah membaca sampai la ramalan ku benar belaka..

si addin yang diamond head ni mmg adakalanya buatkan aku rasa nak hentak je kepala dia.. tapi nasib baik si benz sabar kan.. kalau tak mmg dah cerai talak 3 kot..

kisah addin dan benz yg unik.. si taiko and head girl yang tak romantik.. tp unik.. dari pertemuan di leiden balik ke ipoh dan akhirnya sebumbung.. 

secara keseluruhannya..

1. si penulis ni guna bahasa sanskrit yang aku teramat la tak paham.. aku buat accounting n bisnes kan.. mana nak paham bahasa sains..

2. cover buku ni tak menarik sebab tu aku ada doubt dengan diri sendiri.. ya! aku perlu buang sikap judge a book by its cover..

3. ya aku akan membeli buku si penulis ini lagi.. 

Monday, 15 July 2013

dia.. random guy (continue)

asalnya tak berniat pun nak beli buku ni.. sbb dalam hati terasa mcm.. argh! another typical malay novel..

pastu gatal pula tangan ni google search review orang pasal buku ni.. terjumpa blog tuan punya buku..

baca dua chapter pertama.. hmm.. klakar.. sweet.. and cute..

kebetulan malam tu mama ajak ke scm.. shopping raya la kononnya.. mereka ke h&m.. aku ke mph..

belek punya belek.. beli je lah.. malas deal dengan letak ambik letak ambik problem.. terus ambik..

secara keseluruhannya..

1. aku suka cara si penulis menulis.. dia menggunakan bahasa2 yang santai saje.. senang dan mudah nak di fahami..

2. si alin yang cute.. too cute too handle.. siap buat perbandingan sos salad.. kelakar sangat dia tu..

3. si amzar yang aku bayangkan handsome and heartless.. tp dalam hati ada taman.. cuma ego yang melampau.. orang handsome mmg ego kot.. heh!

4. sub plot lain yang ok.. emak bapak amzar yang bukan mementingkan antara dua darjat.. emak tiri alin yg baik.. wawa bff dia yang laser tp cool..

owh ya.. tak perlu la aku rumuskan kisah ni sbb korang boleh google.. ramai juga yang dah baca kan.. ramai juga yang buat rumusan..

rumusan aku hanyalah.. buku ini tidak boleh di nilai melalui kulitnya kerana kulitnya pada aku tak menarik.. tak! bukan tak menarik.. tp tak cantik smp timbul perasaan tak best la buku ni.. owh aku adalah manusia yg mementingkn kecantikan muka depan.. cliche!! hahahaha

gaya penulisan yang bersahaja buatkan aku gelak dan senyum sendirian.. konflik hati alin dengan ibu kandungnya buatkan aku menitiskan air mata.. si tall-dark-handsome-novel-type amzar tiba2 masuk dalam boifren di alam fantasi aku.. tak payah nak elaborate kenapa.. korang baca je ya.. si alin yang mysterious is too cute too handle.. outspoken! dan gelabah biawak..

owh ya.. sebelum aku lupa.. korang boleh baca dulu teasernya di blog tuan punya badan  farahusain.blogspot.com 

kalau nak di dramakan.. aku nak nad zainal jadi alin.. dan shah jaszle jadi amzar.. jangan tanya kenapa.. :)

Sunday, 14 July 2013

budak kampung

semua org mungkin dah tau kan.. slot zehra yg baru pun adaptasi dari novel.. dah jadi trend.. layankan aje..

kampung girl.. kisah mengenai ash dan ain.. 

ain yang gila kan ash dari kecik sampai besar.. bile ain dapat tau dia nak dijodohkan dengan ash.. memang dia tak tolak la kan..

ash? manusia takde perasaan tapi sebenarnya dalam hati ada taman.. kata hati yang selalu berpaling tadah dengan tuan punya badan..

ain.. budak kampung yg graduate oversea tapi tidak diketahui oleh ash.. sbb.. ash memang tak suka ain..

overall buku ni santai je.. sesuai la buat drama.. penonton tak payah nak pikir teruk2 apa masalah diorg.. sbb takde masalah pun.. yang masalahnya ialah si ash tu yg hati batu..

Wednesday, 12 June 2013

teduhan kasih

adoi... author teduhan kasih ni buat aku mimpikan papa adam... mgkn sebab papa adam bayangan aku adalah adi putra semasa baca bukunya... heh! kalau dia bukan laki orang.. dah harus aku suruh kak salmah pinangkan dia utk aku...

teduhan kasih bagi aku citer yang easy reading saje... takde adegan2 menyayat hati... cumanya... keromantikaan de amor papa adam tu buat kan aku tertanya-tanya... adakah makhluk tuhan sedemikian di dunia ini?

ketabahan iffa tu buatkan aku tertanya... mampukah aku menjadi seteguh iffa.. sekuat iffa kalau aku ditakdirkan begitu...

hoit! kawen pun belum dah pikir panjang sangat... kadang-kadang kiter kena sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan... because the future is uncertain but the end is always clear...

Friday, 3 May 2013

one day you'll be mine (cont)

tahniah inawza yusof!! kau buatkan aku meniti ke tiga.. ya aku ulang ke tiga buah kedai buku semata-mata untuk mencari novel tulisan kau..

aku bukan lah makhluk tuhan segigih itu ya.. sebab aku bukan makhluk aneh makanya.. meniti ke tiga buah kedai buku yang berlainan lokasi adalah bukan aku..

setelah aku menamatkan kesemua chapter novel yang kau tulis tu.. (sejujurnya aku tak ingat jumlah chapter keseluruhan..) aku dapat rumuskan di sini yang kau adalah penulis yang aku cari..

one day you'!! be mine adalah yang aku cari selama ni.. mcm yang aku tulis smlm.. kau bukan lah penulis novel melayu tipikal yang menyajikan cerita-cerita yang biasa..

sesungguhnya aku kagum dengan watak ciptaan kau.. Dzul Ehsan.. ya.. aku suka dia.. makhluk aneh yang unpredictable..

aku mampu saje untuk terus baca penyudah cerita ini tatkala aku sedang tertanya-tanya siapakah Nik Afezal sebenarnya.. tapi aku tak buat macam tu..

aku mampu saje utk terus membaca chapter terakhir untuk aku mengetahui apa akan berlaku kepada Ehsan.. tapi aku tak buat macamtu..

kenapa? sebab aku sukakan perasaan tertanya-tanya dan suspen yang kau wujudkan.. aku suka segalanya tentang one day you'll be mine..

cumanya.. sila perbaiki english anda untuk novel-novel akan datang.. ku kira ia tak di edit dengan baik.. mungkin..

'kau seperti gula-gula getah yang melekat kat tapak kasut, tau? annoying!'

Thursday, 2 May 2013

one day you'll be mine...

tak beli lagi... hati meronta-ronta nak ke kedai buku membeli... nak pegi ke Pesta Buku Antarabangsa macam tak logik je... kalau setakat nak beli satu... tapi kalau nak beli banyak stok setahun... mungkin logik... cop!! kalau stok setahun maknanya aku ada stok buku untuk dibaca yang bertahun2... maka insaflah...

membaca di online... untuk 22 chapter pertama... bravo!! kisah yang aku nantikan daripada penulis novel... keadaan sebenar manusia... setakat 22 chapter pertama... tak aku terbaca kisah anak orang kaya yang spoiled... yang menabur duit untuk kehidupan... kalau ada pun... watak penyeri... aku tak kisah sangat watak penyeri...

untuk 22 chapter pertama... aku jatuh cinta dengan Dzul Ehsan... manusia aneh yang tak punya perasaan.. manusia aneh yang aku tertanya-tanya apakah dia sukakan Fitri... manusia aneh yang cakap tak perlu fikirkan perasaan orang lain... manusia aneh yang aku gambarkan dia seorang yang hensem...

untuk 22 chapter pertama... aku yakin... kisah seterusnya ialah Fitri akan menjalinkan kembali hubungan yang terputus dengan Nik Afezal... and ada tragedi/kisah suka dan duka... what else??

untuk 22 chapeter pertama... Dzul Ehsan akan sentiasa jadi penyelamat kepada Fitri... Fitri akan terus berhubungan dgn Dzul Ehsan... Dzul Ehsan akan jadi bayang2 Fitri...

dan untuk 22 chapter pertama... kesudahan cerita ini ialah Dzul Ehsan akan bersama dengan Fitri cumanya... jalan cerita kepada mereka akan bersama tak dapat aku nak bayangkan... kerana Dzul Ehsan itu manusia aneh... unpredictable... cliche tak apa yang aku fikirkan? atau adakah kesudahannya takkan sama dengan novel yang lain?

terima kasih kepada penulisnya... inawza yusof kerana melahirkan One Day You'll be Mine...

nota:  kedai buku adalah tempat yang aku nak tuju hari ni... after work! yess.. after work!!