Monday, 6 January 2014

koleksi kasut lapuk..

bile aku buat entry pasal kasut yang baru aku beli.. mesti ada orang kata aku seperti nak menunjuk-nunjuk.. seriously aku tak berniat begitu..

aku ada reason aku sendiri.. 

pertama.. kasut yang mahal dan berkualiti.. tahan lama.. (kasut aku ada yg nak separa abad kau.. dan masih lagi elok...)

kedua.. aku tak boleh pakai flat shoes buatan vincci ke.. buatan brands outlet ke.. buatan h&m ke.. mahu pun buatan yang mahal2.. sebab aku ada masalah pinggang..

ketiga.. aku tak boleh pakai killer shoes sbb kaki aku gemok dan kembang! ini hakikat.. kalau nak melecet jari kaki yang last skali.. sila lah cuba..

ok.. antara investment terbesar aku ialah kasut clarks dan selipar jamban fitflop.. memang nangis la nak bayar.. tapi.. yang korang tak tau.. aku amatlah jarang membeli kasut.. 


sandal ni aku beli dah lama.. aku rasa 5 tahun ada kot.. sampai sekarang masih elok dan boleh di pakai..


kasut ni dah 7 tahun! aku belasah kasut ni cukup2 dulu.. skrg pun masih pakai tapi dah kurang..


ha! ni satu lagi kasut kerja.. dah 3 tahun berkhidmat.. lepas 4 tahun kasut di atas tu aku belasah.. aku beli pula kasut ni.. pastu rotate la kasut ni dengan kasut di atas.. see.. masih lagi kilats uols!


ha! ni baru 3 tahun.. jarang pakai sebab dia akan melecetkan buku lali aku.. tp ia adalah super comfy.. mmg best sgt! aku masih igt lagi yang aku kena beratur 3 jam utk masuk warehouse sale clarks.. dan aku dpt beli kasut ni dengan harga RM200 saje.. 


ok abaikan kaki bercagu itu.. fit flop ni di beli sebab doktor suruh pakai fitflop utk kurangkan sakit pinggang.. selepas menangis membayar.. aku hentam kasut ni cukup2.. lepas setahun pakai.. tapak masih tak licin.. kasut ni aku pakai setiap hari ya..

ha! korang nampak tak di situ?? aku beli kasut kerja harga RM 200 - 400 tapi aku pakai smp bertahun-tahun.. kiranya pakai smp boleh jadi marah la dekat kasut tu sebab tak rosak2..

maka.. tepuk dada usha beg duit.. 👍





No comments: