Friday 3 October 2014

oreo cheesecake

perhatian! resipi ini adalah untuk tray bersaiz 6inch x 6inch berketinggian 2inch.. kalau nak buat byk.. double kan dia ok.. 

base:
1 paket biskut oreo yang di buang krim tengah.. (jangan tanya blh tak letak half? nak guna biskut lain boleh tak? ikut suka mu la nak base nya tebal mana.. nak perisa apa.. ok?)
75g butter

cheese
250g creamcheese
1 cawan gula
1/2 cup sour cream
2 biji telor
essen vanilla
1/2 paket oreo

cara-caranya

panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius api atas bawah ok.. 

base:
cairkan butter. ketuk/blend biskut oreo. gaulkan keduanya.. oleh sebab dan kerana aku buat mangkuk kecik je.. maka aku guna satu paket oreo biskut dan 75g butter

masukkan dalam bekas yang nak dibakar. bakar selama 10 min. sejukkan

cheese:
putar creamcheese sampai lembut. masukkan gula. tapi aku dah gantikan gula tu dengan krim oreo yang aku asingkan tadi. kalau kau rasa tak cukup manis.. tambah sikit gula. putar. masukkan telor. putar. masukkan sour cream.. tp malam tadi umah aku tak de sour cream.. dan aku malas nak ke kedai.. aku guna je greek yogurt yang ada dlm fridge.. hahaha.. ok then putar lagi. last skali jangan lupa essen vanilla dan putar. oleh kerana ini cheese cake oreo.. maka 1/2 paket oreo yg dibuang krim.. di ketuk2.. masukkn dalam adunan. gaul rata. dan sebab aku ni jenis derhaka.. aku masukkan sesudu kecil jus lemon.. kihkihkih

bile base yang kau masak tadi dah sejuk.. masukkn cheese ni pula.. bakar selama 40 min pada suhu 180 darjah celcius.. bakar dengan cara meletakkn air ke dalam dulang pembakar ya.. maksudnya.. tray yg kau letakkn bekas cake kau tu.. di letakkn air di kelilingnya.. phm?

selamat mencuba ok!

ini ialah hasil nya.. gambar sikit tak semenggah sebab aku ni bukan photographer.. aku owner kepada kamera mahal je..

No comments: