kampungku..
kampung aku.. biasa-biasa je.. tak la macam kampung orang lain.. ada kebun/pokok buah bagai.. yang ada cuma pokok kelapa..
maka.. ahad lepas.. aku telah pulang ke kampung.. dengan mama, anja dan amad.. masa pegi amad yang bawak keta.. dia dah ada lesen kan.. maka suruh saje dia bawak.. hehehe
sampai di kampung.. atok cakap.. dah dua hari tak de air.. eh.. walaupun aku dah belikan talipon orang tua untuk atok tapi.. atok tetap tak tau nak guna.. jadi mungkin dia tunggu saje orang talipon dia untuk dia bgtau yang dah dua hari takde air..
sementara nak tunggu paksu balik untuk betulkan paip air.. mama melawat kawasan.. biasalah dia kan.. mesti nak menawaf kawasan rumah.. paip belakang rumah pecah rupanya.. patut la tiada air..
paksu sampai akhirnya dan baiki paip pecah itu.. nasib baik ada paksu.. kalau tak.. blur jugak aku..
aktiviti di kampung selain mama menawaf kawasan ialah membawa pulang kelapa sebanyak mungkin.. kata mama nak buat kerisik..
dan tak ketinggalan.. minum air kelapa muda.. yummeh!!
No comments:
Post a Comment