Monday 15 July 2013

dia.. random guy (continue)

asalnya tak berniat pun nak beli buku ni.. sbb dalam hati terasa mcm.. argh! another typical malay novel..

pastu gatal pula tangan ni google search review orang pasal buku ni.. terjumpa blog tuan punya buku..

baca dua chapter pertama.. hmm.. klakar.. sweet.. and cute..

kebetulan malam tu mama ajak ke scm.. shopping raya la kononnya.. mereka ke h&m.. aku ke mph..

belek punya belek.. beli je lah.. malas deal dengan letak ambik letak ambik problem.. terus ambik..

secara keseluruhannya..

1. aku suka cara si penulis menulis.. dia menggunakan bahasa2 yang santai saje.. senang dan mudah nak di fahami..

2. si alin yang cute.. too cute too handle.. siap buat perbandingan sos salad.. kelakar sangat dia tu..

3. si amzar yang aku bayangkan handsome and heartless.. tp dalam hati ada taman.. cuma ego yang melampau.. orang handsome mmg ego kot.. heh!

4. sub plot lain yang ok.. emak bapak amzar yang bukan mementingkan antara dua darjat.. emak tiri alin yg baik.. wawa bff dia yang laser tp cool..

owh ya.. tak perlu la aku rumuskan kisah ni sbb korang boleh google.. ramai juga yang dah baca kan.. ramai juga yang buat rumusan..

rumusan aku hanyalah.. buku ini tidak boleh di nilai melalui kulitnya kerana kulitnya pada aku tak menarik.. tak! bukan tak menarik.. tp tak cantik smp timbul perasaan tak best la buku ni.. owh aku adalah manusia yg mementingkn kecantikan muka depan.. cliche!! hahahaha

gaya penulisan yang bersahaja buatkan aku gelak dan senyum sendirian.. konflik hati alin dengan ibu kandungnya buatkan aku menitiskan air mata.. si tall-dark-handsome-novel-type amzar tiba2 masuk dalam boifren di alam fantasi aku.. tak payah nak elaborate kenapa.. korang baca je ya.. si alin yang mysterious is too cute too handle.. outspoken! dan gelabah biawak..

owh ya.. sebelum aku lupa.. korang boleh baca dulu teasernya di blog tuan punya badan  farahusain.blogspot.com 

kalau nak di dramakan.. aku nak nad zainal jadi alin.. dan shah jaszle jadi amzar.. jangan tanya kenapa.. :)

No comments: