Wednesday, 31 July 2013

baju for raya

disebabkan telah dihanjing kan oleh adik sendiri.. maka dengan gigihnya i mencari dan cari dan cari baju utk dipakai utk raya pertama..

baju bereben tu ialah berbentuk peplum sleeveless dari H&M..

kain warna peach tu masih kekal status kain.. mau transform jd kain A cut..

sy akan berusaha utk menjadikan ia outfit raya pertama saya..

Tuesday, 30 July 2013

PekPen

hello ladies and gents..

hari ni i share dengan uols resepi nak buat PekPen.. mesti uols herang kang.. apa kebenda la itu..

PekPen ialah:

Pek = peknga atau lempeng atau tempek.. tiap negeri panggilnya lain2.. orang utara (as in yg betul2 utara) memanggilnya dengan nama peknga..

Pen = non-stick pan yg size kecil yg biasa buat goreng telur mata itu..

sebab nak nampak kemersial jadilah PekPen..

ok resepinya mudah saje..

1. tepung gandum
2. kelapa secukupnya
3. garam secukup rasa
4. air

campurkan semua bahan..


masukkan air..


dan kacau smp sebati..

panaskan non-stick pan.. dan masukkan lebih kurang sesudu atau dua sudu adunan ke dalam pan.. nak nipis dan garing sesudu.. nak tebal sikit sesudu setengah.. gunakan api yg sgt perlahan utk elakkan hangit ya..


tada!!! inilah hasilnya.. selamat mencuba..

owh lupa nak bgtau.. boleh dimakan begitu saje atau makan dengan kuah sardin kalau takde kuah kari..


baju raya

i showed them my baju for first day of raya.. baju ni actualy aku buat dah lama.. lebih dari 2 years.. dan tak pernah pakai.. owh.. aku mmg banyak baju kurung yang belum pernah pakai..


dan ini adalah reply mereka..




Monday, 29 July 2013

20 Ramadhan

cepat sungguh masa berlalu.. cepatnya ramadhan nak pergi meninggalkan kita..

sedih.. sayu.. sebak.. semua ada.. diam tak diam.. dah tujuh tahun tak menyambut ramadhan bersama ayah.. pejam celik pejam celik.. rupanya dah tujuh tahun tak belikan ayah baju raya..

dan ada certain lagu raya buatkan aku betul-betul sebak dan menitikkan air mata.. 

aku harap.. ini bukan ramadhan terakhir buat ku.. terima kasih Allah kerana bagi hambaMu ini kesempatan untuk terus menyambut bulan yang mulia ini..