pencarian sarang burung tetap a.k.a rumah untuk settle down telah aku buat sejak akhir tahun lepas... ya! sejak akhir tahun lepas...
kawasan-kawasan yang aku pilih satu pun tidak aku mampu... RM500k ke atas!! hoh!! aku bukan la beranak-beranak terjatuh dalam guni beras ke... guni emas ke... aku beranak-beranak terjatuh dalam lumpur... maka... memang aku tak mampu nak beli rumah semahal itu...
adala... kawasan yang murah... tapi sangat jauh dari tempat kerja aku... yalah... nak membeli rumah ni macam-macam yang kena difikirkan... antaranya... di manakah pekerjaan kiter tu akan berlangsung... kemampuan nak membayar duit bulanan... kemampuan nak membayar downpayment... kemampuan nak sara diri kalau dah duduk di hujung sinun... dan kerja di hujunu sinin... dan lain-lain hal yang memang perlu masuk dalam pertimbangan...
proses pencarian rumah juga satu hal yang stress kan aku... mana taknya... tengok harga saje rumah terus aku marah kepada diri sendiri...
kadang-kadang aku terfikir sendiri... living cost di bandar semakin meningkat... harga rumah semakin meningkat... siapa yang patut di persalahkan? kalau nak menyalahkan pihak yang lain... tentu saje aku akan salahkan banyak pihak... walaupun secara dasarnya memang banyak pihak terlibat dalam hal ini...
tapi... aku memilih untuk tak nak menyalahkan sesiapa... ya! semua salah diri sendiri kerana tak berusaha... bak kata Tan Sri Azman semasa ucapan penutup beliau di hari convocation aku... 'if you dont add any value to yourself... you cannot achieve the high income status'
maka... mari berusaha untuk mencari rumah burung idaman... ehh?
No comments:
Post a Comment