seawal jam 750 pagi aku dah keluar rumah nak menunaikan tanggungjawab aku kepada negara Malaysia ini.. korang kata apa pun.. aku dah pangkah apa yang aku nak pangkah..
dan sedari awal pagi.. ramai jugak yang post gambar jari bercalit.. tahniah kerana anda sudah menjalankan tanggungjawab anda juga..
dan sedari awal pagi jugak ramai fb warrior yang share video pengundi2 hantu.. kau tuduh orang tu.. orang tu tudah kau.. siapa yang sebenarnya buat hal sedemikian? wallahualam.. hanya orang yang buat saje yang tahu..
makanya.. jangan korang nak buat dosa kering aje kalau tak tau apa2.. dengan tuduh sana sini.. elok2 jadi kawan.. kerana politik jadi lawan.. tak bagus mcm tu..
owh lupa nak bagitau.. lepas aku mengundi pagi tadi.. aku p menyibuk di kawasan undi.. kot2 la jumpa mana2 bangla yang mengundi.. tapi malang nya.. tak de la pulak..
ok.. selamat mengundi dan ingat.. hormatilah apa jua keputusan yang akan kiter terima nanti..
aku.. hanya mampu mendoakan yang terbaik utk malaysia tanahair ku.. tanahair yang aku sayangi.. dulu kini dan selamanya...
No comments:
Post a Comment