demam PRU13 belum abis lagi.. owh btw.. aku bukan nak citer pasal tu.. tp aku nak citer a.k.a nak membebel pasal manifesto yg dijanjikan..
korang pun sedia maklum kan.. besar terang jelas dan nyata lagi yang di tertulis di poster-poster dan bilboard bilboard.. 'harapan rakyat harga kereta turun'.. 'harapan rakyat pendidikan percuma'.. dan macam-macam lagi harapan..
apa yang aku nak tulis adalah berdasarkan kepada pengetahuan aku yang amat cetek.. yalah.. belajar pun tak tinggi mana kan..
owh mungkin akan ada yang tak suka dengan apa yang aku nak tulis ni.. jadi.. berlapang dadalah dan bersedialah nak terima apa jua yang aku nak tulis.. kalau agak-agak engkau tu bukan dari golongan yang boleh terima pendapat orang lain.. aku nasihatkan korang tak payah baca.. ok?
ok.. kiter mulakan dengan benda-benda basic.. harga kereta turun.. cuba korang cek balik hutang keta korang tu lagi berapa tahun nak kena bayar? kalau kata harga keta turun.. makanya.. ko pakailah keta kau tu sampai abis bayar sbb keta kau tu dah tak berharga.. nak jual pun tak laku.. buat apa nak beli keta ko sedangkan brand new lagi murah??
takde keta? ok.. keta sekarang ialah keperluan bg sesetengah orang.. bile kata keperluan ialah keta yang basic.. beli viva.. murah.. (promote perodua la pulak).. kalau dah ko kata.. viva kecik.. nak bmw.. hoi mangkuk! kalau dah bmw tu.. tu namanya kehendak.. bukan lagi keperluan..
sama macam rumah.. rumah ialah ialah keperluan.. tapi kalau ko mengidam rumah bunglow 5 tingkat.. condominium bagai.. tu namanya kehendak.. bukan lagi keperluan.. faham?
hapuskan ptptn.. free education smp uni.. yang ni dah berbuih aku bgtau.. nak lepas dari ptptn.. ko belajar rajin-rajin.. dapat good gred.. ptptn hapuskn loan kau tu.. dia jadikn scholar.. ni tak.. dapat duit ptptn ko belanja awek.. pastu bile time bayar ko cakap ptptn cekik darah..
ptptn tu tak suruh pun ko apply la.. ko yang apply pastu janji nak bayar bagai.. last-last ko kata membebankan.. cantik muka.. weh bapak aku cakap.. kalau hutang tu.. sampai mati pun hutang tau..
lagi apa? hapuskan aes.. yang dah ko bawak keta laju sangat tu kenapa? ikut peraturan.. pasti tak disaman..
kalau tak puas hati ko p mintak dekat ahli parlimen tempat kau tu.. usulkan cdgn naikkan speed limit highway ke jalan raya mana yang ko suka lah.. bawak ke parlimen.. tu sebab ko ada calon ahli parlimen.. tu gunanya.. paham?
lagi apa? turunkan harga rumah? yang mi kalau aku komen nnt orang kata aku racist.. jadi aku malas nak komen.. tu ko bacalah dalam ruling di malaysia.. tak tau
mana nak carik? google je.. benda2 lain pandai ko google.. fakta penting ko buat-buat ngok pulak..
ha! nak di pendekkan cite.. kalau semua pun ko nak murah.. nak free.. nak macam2 lah.. mana kerajaan nak dapat sumber kewangan?? sekarang ko bagitau aku.. adakah anak cucu ko esok blh hidup dengan baik kalau korang dah kaut semua? nak itu nak ini..
ko ckp.. tu biarlah kerajaan fikir sebab dia kena jaga kebajikan rakyat.. isk.. ko belajar dulu teori ekonomi.. baru ko boleh paham dengan jelas..
mmg kerajaan kena jaga kebajikan rakyat.. apa yg tak de kat malaysia ni? ko bgtau aku.. benda basic semua ada.. sebab tu aku cakap.. ko kena paham konsep kehendak dan keperluan..
setakat ni.. tak pernah la lagi aku kebulur kat malaysia ni.. kalau aku kebulur sbb aku mls nak kerja.. kalau sakit masuk hosp kerajaan bayar singgit je..
nnt ko ckp la hosp kerajaan lembab la itulah inilah.. ni aku nak bgtau engkau ya.. kalau ko pegi hosp swasta pun ko kena tunggu tau.. bkn ko smp doktor n nurse bentang karpet merah utk kau..
adoi.. panjang betul aku merepek ni.. owh ya.. sebelum aku noktah.. suka cita aku nak ajak korang belajar teori maslow.. tak tau apa teori maslow? google ok..
nanti bile senang aku sambung lagi.. kiter berhenti setakat ni dulu..
yang sudi baca.. terima kasih diucapkan.. yang terasa hati dan ko rasa aku ni bodoh sbb bela kerajaan yang ko benci tu.. sukacita aku nak bagitau ya.. aku tak jemput pun ko baca blog aku..
bile dah baca dan cakap aku bangang.. tu ko punya pasal sbb aku tak kisah.. haters being haters ok! ( perasan!! mcm la ada orang baca blog aku..)