Wednesday 16 January 2013

dress??

shopping adalah satu-satunya perkara dalam dunia ni yang teramat aku suka... aku siap bayangkan kalaulah aku kaya raya... haruslah aku menyopink sesakan sakannya... (sebab tu aku tak kaya kot...:| )

sabtu lepas aku telah beli H&M and Cotton On jacket...

isnin lepas... aku telah order Coach Ashley Leather Swingpack... order online okeh!!

semalam... aku telah membuat online shopping lagi untuk dress... 4 pasang okeh!! gila tak?

owh entry hari ni aku nak story pasal pembelian tak berfikir semalam... untuk pengetahuan semua... aku ialah cheapskate... aku takkan beli barang yang tiada jenama dengan harga yang aku rasakan tak patut... baju yang lebih dari RM40 dan tidak berjenama adalah mahal bagi aku...

tetapi... aku tak akan teragak-agak untuk membayar bagi barang-barang yang ada brand... (so double standard kan!!)... setelah bertahun aku tak membeli majalah CLEO.. (ya majalah inilah penyebab aku bershopping tanpa fikir semalam...) aku telah membeli majalah CLEO di kedai tujuh sebelas pada hari isnin malam tatkala aku fikir aku mau diet minggu ini dan harus makan roti (takut gain weight syndrome setelah melantak like there's no tomorrow... pada minggu lepas...)

adoi... banyak nya distraction di sini... ok... kembali kepada cerita aku...

aku membelek majalah itu sambil melihat-lihat trend trend terkini (tetiba pulak aku nak jadi trendy kan!! padahal aku langsung tak kisah pun sebelum ni... apakah ini faktor peningkatan umur??) aku terlihat ada satu cardi tu daripada su-estilo... dalam hati berkata... 'eh macam cardi munga-munga i la...' lantas dengan pantas dan tuntas aku menggoogle... (terima kasih cik google kerana membantu... tak boleh ke cik google ni tulis no result found...??)

aku pun dengan gigih membelek laman sesawang itu... ada perkataan sale disitu... owh aku sangat teruja dengan kewujudan sale itu... makanya dengan tak beragak... aku pun menjalankan transaksi tanpa berfikir... kerana... harganya amatlah menyenangkan mata aku melihat... aku kan ada prinsip... 'biar menyesal membeli.. jangan menyesal tak beli...'

dan pada hari ini... deresssss deressss itu telah sampai!!! teruja okeh nak menerai... nasib baik di opis... tak de fitting room... kalau dirumah... aku dah siap basuh dah ni...

No comments: