Monday, 29 September 2014

the third hospital

hidup aku ni memang penuh dengan drama.. sebab tu aku pun suka buat drama.. well.. itulah kehidupan kita kan.. drama lakonan kita sendiri sebagai pelaku utamanya.. 

tapi entry kali ni aku nak citer pasal drama korea.. ha! jangan tak tau.. dulu memang aku suka tengok citer korea.. sebelum aku beralih arah menyokong drama tempatan.. 

the third hospital ni.. dari tajuk pun dah tau kan.. kisah hospital la.. kisah apa lagi.. aku memang akan jatuh hati dengan citer korea yang berdasarkan kepada hospital.. mungkin sebab aku teringin nak jadi doktor kot.. nak selamatkan orang.. gitu lah konon-kononnya..

tapi memandangkan aku ni bukan lah student cemerlang.. pelajaran cuma so so.. maka.. memang takde harapan nak jadi doktor..

zaman aku sekolah dulu.. kalau kau bukan pelajar cemerlang.. yang duduk dalam kelas teratas.. jangan la kau mimpi nak jadi doktor.. 

lain pulak ceriteranya sekarang.. kalau mak bapak ada duit.. boleh menaja kau.. kau average pun boleh jadi doktor.. banyak dah kolej-kolej swasta yang offer medic okeh! pokok pangkalnya.. kau nak belajar ngan tak nak je..

ok berbalik kepada drama korea ini.. aku suka Kim Doo Hyun itu.. seorang yang arrogant.. ego tahap petala langit ke tujuh.. tapi sangat mengambil berat terhadap Dr Jin.. dah nama pun suka.. harus ada sikap mengambil berat disamping menunjukkan sikap buruk.. tapi malang.. Dr Jin ni suka orang lain.. 

dia confuse sebenarnya.. dia tak sure sama ada Dr Kim Doo Hyun tu suka dia ke tidak.. maka dia halakan la perasaan dia kepada orang yang menunjukkan sifat ambik berat kepada dia.. tapi orang yang dia sukai tu hanya suka dan sayang kepada bekas gf dia yang dah mati.. 

kalau korang nak tengok citer ni.. sila pegi ke laman sesawang ini.. godrama.com eh.. betul ke? kalau tak betul.. korang terbalikkan je lah.. ok?

jam telah menunjukkan hampir ke jam 12am.. aku pun mau tdo dan esok perlu bangun pagi untuk ke tempat kerja..

haish.. apalah nasib.. kan best kalau tak perlu kerja.. boleh ke mcm tu?? =..=


Tuesday, 16 September 2014

Happy Malaysia Day

so today is public holiday.. so today is Malaysia day..

what's new.. nothing new.. 

happy malaysia day Malaysia..

i won't let anyone hurting you...